PAPAR: Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) berjumlah RM63.75 juta kepada 318,642 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dengan penyaluran bantuan melalui kementeriannya dan Risda itu, setiap pekebun kecil getah akan memperoleh BKKA sebanyak RM200.
Katanya ia bertujuan meringankan beban kewangan dan memberi keceriaan kepada golongan pekebun kecil getah dalam memenuhi keperluan sempena sambutan Aidiliftiri yang bakal tiba.
"Bantuan ini akan mula dikreditkan selepas saya mengumumkan perkara ini hari ini dan terus dikreditkan ke akaun masing-masing.
"BKKA yang disalurkan ini adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan seramai 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sabah 2023 di Masjid As Salam, Kampung Benoni di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Sementara itu, dalam kenyataan media mengenai pengumuman itu yang diedarkan kepada pemberita pada majlis berkenaan, bakal penerima BKKA adalah daripada kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022.
"BKKA disasarkan kepada pekebun kecil getah yang mempunyai keluasan kebun di bawah 2.5 hektar.Pemohon bantuan boleh menyemak status bayaran melalui laman sesawang https://bmt.risda.gov.my," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) menyampaikan bantuan kepada wakil penerima usahawan tani berkelompok Ahmad Durajak pada majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Kampung Benoni Papar hari ini. - Foto BERNAMA
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2024 dibayar Jumaat ini - KPPA
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2024 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada Jumaat ini.
Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini
Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM200 kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di bawah RISDA akan dibuat mulai Jumaat ini.
Tarikh bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 diawalkan 14 April
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April ini.
RM63.75 juta BKKA untuk pekebun kecil getah - Ahmad Zahid
Kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) berjumlah RM63.75 juta kepada 318,642 pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Lebih 200,000 veteran ATM termasuk tidak berpencen terima BKKA 17 April ini
Lebih 200,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk yang tidak berpencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM350 setiap seorang pada 17 April ini.
3.46 juta penerima Bayaran Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1.572 bilion
Ahmad Maslan berkata penerima terdiri daripada penjawat awam, pesara kerajaan, pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan.
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 dibayar kepada penjawat awam 17 April ini
Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.