MALAYSIA
RM8.4 juta diperuntuk bagi perolehan lencana Jalur Gemilang - KPM

Lencana Jalur Gemilang dibekalkan kepada murid dan pelajar di sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah RM8.4 juta diperuntukkan bagi perolehan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta murid dan pelajar di institusi pengajian di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Ringkasan AI
- Peruntukan RM8.4 juta disalurkan untuk membekalkan dua lencana Jalur Gemilang secara percuma kepada 5.14 juta murid dan pelajar di bawah KPM.
- Proses perolehan dilaksanakan oleh JPN, PPD dan institusi pendidikan melalui sistem e-Perolehan, mengikut enrolmen dan zon.
- Sebanyak 91 pembekal terlibat dalam membekalkan lencana ke seluruh negara, dengan peruntukan diagih kepada semua JPN dan institusi berkaitan sejak Februari.
"Proses perolehan dilaksanakan oleh JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta institusi berkenaan melalui sistem e-Perolehan sama ada secara tender atau sebut harga tertakluk kepada peruntukan yang diterima," menurut KPM.
Ia bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai kos ditanggung kerajaan untuk membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada semua murid di bawah institusi pendidikan KPM serta syarikat manakah yang membekalkannya.
JPN telah diberi kebenaran untuk melaksanakan perolehan mengikut zon bagi menyegerakan proses pembekalan dan menggalakkan penyertaan lebih ramai pembekal yang layak.
Sebanyak 91 pembekal terlibat dalam membekalkan lencana Jalur Gemilang di seluruh negara.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami