awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM lepasi sasaran kutipan, rekod RM76.18 bilion pada 2025
Juruaudit luar syarat baharu konsesi penyelenggaraan jalan - Nanta Linggi
Buang puntung rokok, buruh binaan didenda RM300

Pendakwah kongsi keadaan terkini Shamsul Ghau Ghau, sifatkan sebagai seorang yang baik

Gempak
Gempak
26/01/2026
07:20 MYT
Pendakwah kongsi keadaan terkini Shamsul Ghau Ghau, sifatkan sebagai seorang yang baik
Ujar Ustaz Taufik, sahabatnya itu merupakan seorang insan yang sangat baik serta banyak berdakwah dan membimbing jemaah umrah dan haji. - Gempak
“ALHAMDULILLAH, Pak Su telah selamat menjalani pembedahan membuang darah beku di otak malam tadi.
“Sekarang ni beliau masih berada di bawah pemantauan rapi pihak doktor dan pasukan perubatan. Sebagai sahabat, saya memang terasa sangat ujian ini,” tulis Ustaz Taufik.
Menerusi perkongsian yang sama, Taufik yang sudah berkawan lebih 20 tahun dengan Shamsul turut mendedahkan sisi baik sahabatnya itu yang tidak diketahui orang ramai.
Ujar Ustaz Taufik, sahabatnya yang mesra disapa Pak Su itu merupakan seorang insan yang sangat baik serta banyak berdakwah dan membimbing jemaah umrah dan haji.
“Terus terang saya cakap apabila sampai dan tengok sendiri keadaan Pak Su, hati memang jadi sebak. Sebagai sahabat, memang terasa dengan ujian ini.
“Selama ini orang nampak Pak Su buat orang ketawa tetapi hakikatnya dia sangat baik, rendah hati dan menjaga adab dengan semua orang.
“Dalam diam, beliau juga banyak berkhidmat dalam dakwah tabligh serta membimbing jemaah umrah dan haji,” kongsinya lagi.
Di akhir perkongsian, Ustaz Taufik menitipkan doa agar sahabatnya itu segera sembuh dan dipermudahkan urusan.
Terdahulu, Shamsul selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Serdang selepas mengalami pendarahan beku pada bahagian otak.
Maklumat tersebut dikongsikan rakan artis, aktres Sheila Mambo selepas menerima berita daripada isteri Shamsul sendiri.
Sebelum ini, isteri kepada Shamsul berkongsi bahawa dia hampir terduduk dan berputus ada selepas kos pembedahan membabitkan suaminya dianggarkan sebanyak kira-kira RM25,000.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Sharifah Azrinah Syed Ibrahim tersentuh ramai sahabat dan insan prihatin tampil menghulur sumbangan. - Sumber Facebook/Gempak



Topic Berkaitan
#Shamsul Ghau Ghau
#Ustaz Taufiz
#pendrahan otak
#jalani pembedahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.