awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
Kebenaran merancang perlu untuk bina rumah ibadat - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
05/06/2023
11:42 MYT
RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata klinik yang telah dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti 39 klinik di seluruh Kelantan dikategorikan sebagai klinik daif untuk kerja baik pulilh tahun ini melibatkan peruntukan bernilai RM9.6 juta.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata klinik yang telah dikenal pasti itu membabitkan sebanyak lapan klinik desa, 18 klinik kesihatan dan 13 klinik pergigian.
Beliau berkata bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek, KKM telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Pembaikan Klinik dan Fasiliti Daif yang berperanan untuk memantau pelaksanaan projek di setiap negeri.
"Menerusi lawatan kerja ke Kelantan tempoh hari, saya berpeluang meninjau sendiri keadaan beberapa buah klinik daif berkenaan.
Semoga segala perancangan projek berjalan lancar demi keselesaan petugas kesihatan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan," katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Facebook
#petugas kesihatan
#klinik daif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan