awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Kerajaan sasar sektor penjawat awam berprestasi tinggi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/09/2021
07:34 MYT
RMK-12: Kerajaan sasar sektor penjawat awam berprestasi tinggi
Usaha untuk mengukuhkan sektor awam memerlukan komitmen padu semua pihak, dalam memastikan kecekapan, integriti, dan ketelusan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal memberi keutamaan kepada usaha membangunkan penjawat awam berprestasi tinggi; meningkatkan pelaksanaan pendekatan keseluruhan kerajaan; serta memantapkan pengurusan belanjawan dan projek.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, pelaksanaan empat komponen itu sangat penting bagi meningkatkan kualiti ekosistem perkhidmatan awam.
Usaha untuk mengukuhkan sektor awam, menurut dokumen itu lagi, memerlukan komitmen padu semua pihak, dalam memastikan kecekapan, integriti, dan ketelusan yang lebih baik.
Menambah Baik Pengurusan Sumber Manusia
Walaupun prestasi penjawat awam Malaysia setara dengan sebilangan negara serantau, namun beberapa perubahan asas perlu dilaksanakan bagi meletakkan mereka sama aras dengan negara maju.
Menurut dokumen tersebut, ia penting bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih cekap, dan berkesan, dalam memenuhi harapan rakyat.
Untuk itu, kerajaan akan mengenalpasti latihan berstruktur, sistem ganjaran kompetitif, perancangan penggantian, serta laluan kerjaya individu yang jelas.
RMK-12: Tingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, pastikan pelaksanaan dasar berkesan
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: RMK-12 - Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan
Menambah Baik Proses Pengambilan dan Pengekalan Bakat
Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah bagi mengambil dan mengekalkan pegawai kompeten, termasuk menambahbaik sistem pengambilan, mewujudkan platform gerbang tunggal bagi penempatan sesuai, serta memberi aturan kerja lebih fleksibel.
Menurut dokumen tersebut, sistem aturan kerja fleksibel akan menarik minat pelbagai lapisan masyarakat, termasuk wanita, ibu atau bapa tunggal, dan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai perkhidmatan awam.
“Bagi membolehkan kaedah aturan kerja fleksibel dilaksanakan, kementerian dan agensi akan menyediakan infrastruktur digital yang diperlukan,” menurut dokumen itu lagi.
Golongan OKU juga akan diberi keutamaan dalam pengambilan bagi beberapa kategori pekerjaan, selaras dengan dasar kerajaan untuk peluang yang lebih adil dan saksama.
Selain itu sistem MyPerformance merangkumi penilaian 360 darjah, akan diperluaskan ke seluruh sektor awam.
Topic Berkaitan
#Rancangan Malaysia Ke-12
#sektor kerajaan
#penjawat awam
#RMKe-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan