KOTA KINABALU: Menteri-menteri dari Sabah dan Sarawak optimistik dengan jaminan daripada Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk menyelesaikan isu dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata jaminan yang diberikan Kerajaan Persekutuan menunjukkan ia serius dalam menyelesaikan masalah pembangunan dan keperluan asas dihadapi Sabah dan Sarawak.
"Dana pembangunan yang dikhususkan kepada negeri yang kurang maju terutama Sabah dan Sarawak adalah memberangsang. Tidak pernah sebelum ini dalam Rancangan Malaysia tumpuan sedemikian diberikan kepada Sabah dan Sarawak, MA63.
Isu pembangunan MA63 antara tumpuan ucapan PM (Perdana Menteri), dan beliau berkata akan turut terlibat dalam memantau pelaksanaan rancangan itu di Sabah dan Sarawak," kata Presiden Parti Bersatu Sabah itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ongkili berkata Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) akan menubuhkan satu unit pemantauan bersama dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi memastikan pelan pelaksanaan infrastruktur berjalan menurut matlamat pembangunan MA63.
Semasa membentangkan RMK12 di Parlimen hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak akan terus diberikan keutamaan di bawah pelan lima tahun itu sejajar dengan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu mengenai permintaan kedua-dua negeri itu berkaitan MA63.
Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut berkongsi pandangan Maximus berkata beliau yakin kerajaan di bawah kepimpinan Ismail Sabri akan komited kepada pembangunan dua negeri itu, yang merupakan salah satu keutamaan di bawah RMK12.
"Selaku seorang Menteri Persekutuan kelahiran Sarawak, saya sememangnya berharap di bawah RMK12 lebih banyak pembangunan dan kemajuan berlaku di Sabah dan Sarawak maka kami akan boleh menikmati kemudahan dan infrastruktur serupa seperti penduduk Semenanjung Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berharap hak warga di Sarawak dan Sabah seperti termaktub dalam MA63 akan dapat dituntut balik dalam tempoh RMK12 kerana penduduk di kedua-dua negeri berharap dapat menikmati satu tahap pembangunan yang sama dengan penduduk di Semenanjung.
Sarawak dan Sabah telah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia pada 1963 kerana mereka kagum dengan sistem dan pembangunan yang dirancang dengan baik di Semenanjung Malaysia. Pemahaman kepada warga Sarawak dan Sabah apabila menyertai Malaysia ialah mereka juga boleh menikmati status pembangunan yang sama," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membangun, Wan Junaidi berharap lebih perhatian akan diberi kepada pembangunan lestari, dengan lebih tumpuan diberikan ke arah memulihara alam sekitar, melindungi hidupan liar dan aktiviti perlombongan yang mesra alam.
Dalam semangat "Keluarga Malaysia", beliau juga mengingatkan kerajaan supaya tidak terlepas pandang tahap kegembiraan rakyat dan memastikan setiap orang boleh menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.
"Malaysia adalah sebuah negara membangun dan kebanyakan rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Oleh itu tibalah masa untuk kita melihat kepada isu mengenai kemiskinan bandar, perumahan mampu milik, peningkatan keselamatan sosial dan program pembasmian kemiskinan yang lebih berkesan," katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata kerenah birokrasi perlu dikurangkan dan mengelak adanya "Little Napoleon" agar semua agenda pembangunan di bawah RMK12 termasuk untuk Sabah dan Sarawak dapat dijayakan sepenuhnya.
Nanta berkata RMK12 perlu dipastikan dapat berjaya mengangkat tahap pembangunan negara dan mensejahterakan rakyat secara saksama.
"Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri penting bagi memastikan segala projek berjalan lancar, sebab itu kita nak kestabilan politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021
RMK-12 perlu dipastikan dapat berjaya mengangkat tahap pembangunan negara dan mensejahterakan rakyat secara saksama.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.
PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).