KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengumumkan sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Menurutnya, projek itu melibatkan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan yang telah lama berlanjutan.
Tambah Perdana Menteri, isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan turut menjadi keutamaan kerajaan.
Jelasnya, kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu tersebut.
“Bagi menghadapi cabaran dan dampak negara menua, Kerajaan sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan.
“Saya mengajak semua pihak untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan menyesuaikan perancangan supaya kebijakan ini kelak dapat dilaksanakan secara holistik demi pembangunan negara yang mampan.
“Kerajaan juga mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan Pusat Geriatrik baharu bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.
Tambahnya, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 sedang diperhalusi dan dijangka akan dikuatkuasakan pada tahun 2025.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Ridauddin Daud
Mon Sep 11 2023
Perdana Menteri berkata demikian semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Teruskan penyasaran subsidi bahan api, ekonomi negara lebih berdaya tahan - CAP
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta kerajaan untuk meneruskan langkah penyasaran subsidi bahan api dan tiada keperluan untuk membuat 'pusingan U'.
[TERKINI] Datuk, nenek Zayn Rayyan ditahan
Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi di Subang Bistari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi di Subang Bistari.
Perlembagaan Persekutuan tentukan hubungan Kerajaan Persekutuan-Negeri
Menteri Komunikasi menegaskan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.
RUU berkaitan perdagangan karbon dibentang hujung tahun ini
RUU berkaitan perdagangan karbon yang pada asalnya dijadual dibentang pada 2025 dipercepatkan atas arahan kabinet bagi mengimbangi peruntukan undang-undang yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Anwar mahu isu perjanjian air, sempadan diselesaikan hujung 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat isu tertangguh seperti perjanjian air dan sempadan maritim di antara Malaysia dan Singapura diselesaikan secaea baik sebelum Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
Pengerusi ASEAN - Pendigitalan, transisi tenaga antara fokus Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wilayah itu berjaya mencapai beberapa konsensus sebelum ini dan tumpuan kini diberikan kepada cabarang mendatang pula.
MOTAC, MOT teliti keperluan subsidi diteruskan kepada pengangkutan pelancongan – Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pengangkutan akan meneliti keperluan memasukkan kenderaan pengangkutan pelancongan di bawah program SKDS 2.0.
Wanita maut dipercayai ditikam suami
Polis memberkas seorang lelaki berusia 56 tahun bagi membantu siasatan seorang wanita maut ditikam di sebuah rumah di Kampung Simee, Ipoh, pada Rabu.
Spotify dijangka perkenal pelan lebih mahal dengan akses audio HiFi
Pelan baharu ini akan ditawarkan kepada pelanggan sedia ada, sekali gus membolehkan Spotify menjana pendapatan tambahan melaluinya.
Lelaki cederakan teman wanita, rosakkan harta, didenda RM4,000
Mahkamah perintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.
Malaysia-Singapura: PM Anwar harap isu air, sempadan maritim dapat diselesaikan segera
Anwar berharap isu tertangguh seperti perjanjian air dan sempadan maritim antara Malaysia dan Singapura dapat diselesaikan sebelum Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hujung tahun ini.
Pengerusi ASEAN: Pendigitalan, transisi tenaga antara fokus - PM Anwar
Pendigitalan, tenaga boleh diperbaharui, perdagangan dan ekonomi merupakan antara aspek tumpuan Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah
Kerajaan Persekutuan merancang untuk membentangkan satu rang undang-undang berhubung perdagangan karbon sebelum akhir tahun ini.
JS-SEZ ada potensi, ramuan untuk berjaya - Lawrence Wong
Johor dan Singapura mempunyai potensi dan ramuan mencukupi untuk mencapai kejayaan dalam Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang telah dimeterai kedua-dua pihak.
Anwar adakan perjumpaan dengan PM Singapura, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri adakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong untuk berbincang mengenai langkah-mengukuhkan hubungan dua hala.
PM beri sumbangan pada penyampai Astro ARENA, isteri
Anwar yang diwakili Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi, menziarahi Akbar dan isterinya di hospital yang mengidap kanser usus tahap 4.
Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023
Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM beri sumbangan kepada Azlee Senario
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Anwar, Farhan Fauzi bagi mewakili Perdana Menteri.
PM sumbang RM270,000 kepada masjid dan surau sempena Aidiladha
Setiap masjid dan surau di kawasan DUN Sungai Bakap menerima sumbangan sebanyak RM10,000 yang boleh digunakan untuk aktiviti kariah masing-masing bersempena dengan sambutan hari raya korban.
Anwar terima laporan ada penjawat awam baik dikena tindakan kerana 'tekanan' pegawai tinggi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik dan tidak akan terikut-ikut dengan tekanan daripada puak "penyakau".