PUTRAJAYA: Seorang pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 20 kali sebatan, selepas gagal dalam rayuan mengenepikan sabitan atas dua pertuduhan merogol adik iparnya.
Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah, menolak rayuan lelaki itu selepas mendapati rayuannya itu tidak mempunyai merit.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan lelaki berusia 33 tahun itu untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada 15 tahun kepada 10 tahun bagi setiap sabitan.
Ketika menyampaikan keputusan itu, Hakim Kamaludin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat 10 kali terhadap lelaki itu bagi setiap sabitan dan mengarahkan hukuman itu dijalankan secara berturut-turut, menjadikan lelaki itu dikenakan hukuman penjara 20 tahun.
Sebelum ini Mahkamah Sesyen pada 3 Julai 2019 mendapati lelaki itu bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara berjumlah 30 tahun dan 20 sebatan kerana merogol seorang remaja berusia 14 tahun dalam dua kejadian berasingan dalam sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan pada Februari 2018 dan 19 April 2018.
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan untuk setiap pertuduhan dan mengarahkan beliau menjalaninya secara berturut-turut.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, iaitu barang siapa melakukan rogol ke atas seseorang perempuan di mana hubungan perempuan itu dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan, untuk berkahwin dengan perempuan itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.
Sebelum Mahkamah Tinggi pada 23 Nov tahun lepas, juga menolak rayuan lelaki itu.
Mengikut bukti dikemukakan pihak pendakwaan, lelaki tersebut merupakan bekas suami kepada kakak mangsa dan pasangan itu telah bercerai enam tahun selepas kejadian rogol itu dilaporkan kepada polis.
Dalam penyataan pembelaannya, lelaki itu berkata, beliau ada bertemu dengan mangsa pada kedua-dua tarikh tersebut, namun menafikan telah merogol remaja itu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, manakala pembelaan oleh peguam Datuk Geethan Ram Vincent dan Eu Kah Mun. - BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2022

Seorang pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 20 kali sebatan, selepas gagal dalam rayuan mengenepikan sabitan atas dua pertuduhan merogol adik iparnya.
Teater Hamdolok: Usaha lestarikan seni tradisi yang semakin dilupakan
Hamdolok diambang kemusnahan dan hampir pupus kerana kurang aktiviti persembahan, minat dan pewaris generasi baru dan muda.

Kerajaan teliti kaedah tangani krisis penghijrahan cendekiawan - PM Anwar
Kementerian berkaitan sedang melibatkan mereka yang boleh menyumbang untuk kembali dan ditempatkan dalam bidang kompetensi tertentu untuk membantu Malaysia.

All Stars Gegar Vaganza buka tirai esok, 'hot seat' jadi milik siapa?
Daripada musim pertama hingga kesembilan, seramai 23 orang bintang yang tersenarai untuk diundi peminat.

UNGA: Thailand komited ke arah keamanan, hak asasi manusia dan alam sekitar
Thailand komited dalam usaha memajukan keamanan yang mampan, hak asasi manusia dan pemeliharaan alam sekitar.
AWANI Ringkas: Ahli parti bebas persoal dasar kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dunia perlu bangkit, bukan hanya lihat kekejaman Israel - ABIM
Masyarakat dunia perlu bangkit bersama menentang kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin dan bukan hanya melihat hak asasi mereka terus dicabul rejim zionis Israel.
Saingan tiga penjuru di Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.
Siri khas hari Malaysia, laporan MalaysiaKini tidak tepat - JPN
Beberapa maklumat dan informasi yang dilaporkan portal Malaysiakini dalam siri khas Hari Malaysia ‘Merungkai Isu Golongan Tiada Kerakyatan Di Malaysia’ bertarikh 15 hingga 22 Sept lalu, adalah tidak tepat, menurut Jabatan Pendaftaran Negara.

PRK Pelangai: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR tubuh dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon bertanding pada PRK Pelangai.

Malaysia miliki segala yang perlu untuk bangkit kembali sebagai ekonomi dinamik - PM Anwar
Malaysia mempunyai potensi amat besar untuk bangkit kembali sebagai sebuah ekonomi dinamik kerana negara mempunyai sumber yang diperlukan, tenaga kerja berkelayakan selain asas ekonominya yang kukuh,

Penganggur mengaku bersalah rogol adik ipar Darjah 5
Seorang penganggur berusia 22 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan merogol adik iparnya yang berusia 11 tahun, minggu lepas.

Penganggur tidak mengaku subahat kes rogol adik ipar
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah, minggu lalu.

Rogol adik ipar: Pemandu lori dipenjara 20 tahun dan 20 kali sebatan
Lelaki tersebut merupakan bekas suami kepada kakak mangsa dan pasangan itu telah bercerai enam tahun selepas kejadian rogol itu dilaporkan.

Rogol adik ipar, tukang kebun dihukum penjara 20 tahun, 20 sebatan
Tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemasik kira-kira jam 9.30 pagi pada 21 September lalu.