PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang lelaki berusia 60 tahun kerana merogol anak tiri perempuannya pada 2017.
Ini selepas warga emas itu, seorang pemandu buggy yang telah bersara, gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara.
Panel tiga hakim yang bersidang terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan juga memerintahkan lelaki itu dikenakan dua sebatan.
Dalam keputusan mahkamah itu, Hakim Has Zanah berkata hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kekhilafan ketika mensabitkan lelaki itu bagi kesalahan merogol yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi.
"Hukuman penjara 15 tahun bagi kesalahan rogol, berdasarkan fakta kes adalah wajar," kata hakim ketika menolak rayuan lelaki itu terhadap sabitan dan hukumannya.
Beliau bagaimanapun berkata Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang mengenakan hukuman sebat terhadap lelaki itu kerana Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah membenarkan hukuman sebat dikenakan ke atas pesalah walaupun tertuduh berumur lebih 50 tahun bagi kesalahan rogol.
Lelaki itu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 12 Nov 2019 dan dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan rotan kerana merogol anak tirinya yang ketika itu mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor pada Oktober 2017.
Dia juga diperintah menjalani kaunseling pemulihan selama tiga tahun dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Pada 5 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap sabitan tetapi mengurangkan hukuman penjara daripada 18 tahun kepada 15 tahun dan mengetepikan hukuman lima sebatan rotan.
Peguam Hamdan Hamzah mewakili lelaki warga emas itu manakala Timbalan Pendakwa Raya Aznee Salmie Ahmad hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022

Panel tiga hakim yang bersidang terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan juga memerintahkan lelaki itu dikenakan dua sebatan. - Gambar hiasan

Anugerah Grammy 2023 | Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Anugerah Grammy 2023 melabuhkan tirainya dengan menyaksikan bintang terkemuka, Harry Styles merangkul anugerah Album Terbaik menerusi album Harry's House.

KKM | Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan kertas putih membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara.

Gempa Bumi | Pelbagai negara tawar bantuan ke Turkiye, Syria
Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi menangani kesan gempa bumi itu.

Gempa Bumi | Banyak NGO hubungi Wisma Putra untuk bantu Turkiye
Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.

Gempa Bumi | Malaysia hantar Pasukan SMART, fokus operasi mencari, menyelamat
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang disertai seramai 70 anggota dan empat anjing pengesan k9 dihantar Turkiye pada Isnin.

Gempa Bumi | 12 rakyat Malaysia selamat, berjaya dihubungi
Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.

Gempa Bumi | Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada kerajaan Turkiye dan Syria serta rakyatnya berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara berkenaan.

Gempa Bumi | Situasi semasa gempa bumi di Turkiye
Untuk mendapatkan perkembangan dan situasi pelajar di Turkiye. Langsung pada ketika ini Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT), Muhammad Adib Nor Azman.

10 Berita Pilihan - (06 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa Bumi | Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye sahkan mereka selamat
Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Penjara 15 tahun, 9 sebatan hukuman buat lelaki rogol anak tiri
Peniaga warung berusia 38 tahun mengaku salah atas tujuh pertuduhan melakukan perbuatan keji sejak 2021 hingga 2022.

Rogol anak tiri: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 15 tahun warga emas
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang lelaki berusia 60 tahun kerana merogol anak tiri perempuannya pada 2017.

Deejay kenduri kahwin didakwa rogol anak tiri berusia 13 tahun
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.

Rogol anak tiri, pemuda OKU dipenjara 15 tahun, 10 sebatan
Kesalahan itu dilakukan dalam bilik tidur mangsa di sebuah rumah di Bukit Katil, Melaka pada jam 2 pagi, 19 Februari 2020 lalu.

Tukang rumah didakwa lakukan persetubuhan dan amang seksual terhadap anak tiri
Dia berhadapan enam pertuduhan melakukan persetubuhan dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya yang berusia 11 tahun sejak dua tahun lepas.

Lelaki didakwa rogol anak tiri
Seorang kerani akaun sebuah jabatan kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas dua pertuduhan merogol anak tiri.

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes rogol anak tiri
Remaja perempuan berusia 14 tahun mendakwa dirogol oleh bapa tirinya yang juga seorang penjawat awam sejak tiga tahun lalu.

Lelaki didakwa rogol anak tiri OKU
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan merogol anak tirinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU)5 Jun lalu.

Campak cucu dari apartmen: Lelaki Nigeria dipercayai ada masalah mental - Polis
Maklumat itu diperolehi hasil keterangan keluarga dan rakan suspek berusia 42 tahun itu.

Marah tak dapat rogol anak tiri, lelaki Nigeria campak cucu hingga maut di Wangsa Maju
Tindakan itu dibuat kerana berang gagal merogol anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu.