TAWAU: Angkara merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, seorang lelaki menerima akibatnya apabila dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan hari ini.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohamad Tahir Abraham, 22, yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah merogol mangsa pada 6 April 2021, di satu kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di daerah Semporna.
Mangsa juga telah ditumbuk, ditampar, dicekik di beberapa bahagian tubuh sehingga menyebabkan dia pengsan lalu tertuduh merogol sebelum meninggalkan kanak-kanak itu di lokasi kejadian.
Laporan polis dibuat oleh nenek mangsa keesokan harinya setelah penduduk kampung menemui cucunya yang hilang semalaman di lokasi tersebut.
Hasil daripada siasatan lanjut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah telah berjaya menahan tertuduh keesokan harinya.
Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan, kecederaan lebam pada mata, muka, patah pada tulang selangka dan patah gigi, impak dari tumbukan tertuduh.
Kes telah disiasat mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan.
Petrus Bernard
Thu Jun 30 2022

Tertuduh telah merogol mangsa di satu kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di daerah Semporna. - Foto Astro AWANI

Hari Gajah | Kerjasama bersepadu tangani konflik manusia dan gajah
Konflik antara manusia dan gajah sering berakhir dengan kematian haiwan terlindung itu. Ini kerana gajah liar yang menceroboh ke kawasan perkampungan dianggap sebagai ancaman dan mengundang tindakan kejam ke atasnya. Bagi mengelak perkara ini berterusan Pengarah Jabatan Hidupan Liar JHL Sabah, Augustine Tuuga menyeru masyarakat bekerjasama dengan pihaknya untuk membantu menyelamatkan haiwan terlindung itu.

Mahkamah putuskan permohonan Recastle-Brown cabar dakwaan fitnah, pramatang
Mahkamah putuskan terlalu awal untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berkaitan pertuduhan fitnah jenayah terhadap Editor Sarawak Report.

KDNK | Rencana inisiatif bantu rakyat B40
Walaupun ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2022, tetapi masyarakat khususnya golongan B40 masih merasai beban ekoran harga barangan keperluan asas yang mahal. Bagi Ketua Kampung Kampung Nangoh, Sandakan Juan Pauting, pertumbuhan ekonomi itu diharap dapat membolehkan kerajaan merencana inisiatif-inisiatif lain bagi membantu rakyat terutama golongan B40.

Serangan Buaya | Operasi tangkap buaya di Sungai Kinabatangan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menjalankan operasi menangkap buaya di Sungai Kinabatangan dalam mengurangkan kejadian serangan buaya. Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata, operasi berkenaan akan difokuskan di kawasan tebing sungai yang berpenduduk.

KDNK | Penduduk Sabah masih bergelut dengan pengangguran, kemiskinan
Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, Dr Firdausi Suffian melihat peningkatan positif Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku kedua masih belum diterjemahkan ke dalam realiti ekonomi rakyat di negeri itu. Hakikatnya, rakyat Sabah khususnya golongan B40 masih bergelut dengan masalah peluang pekerjaan.

KDNK | Subsidi barangan asas perlu untuk kawalan harga siling
Meskipun negara catat pertumbuhan ekonomi pada suku kedua tahun ini, namun pakar ekonomi berpendapat kerajaan masih perlu meneruskan subsidi dan kawalan harga siling barangan asas. Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak, Dr Nurhani Aba Ibrahim berkata ia berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) makanan catatkan kadar inflasi 6.2 peratus, iaitu tertinggi berbanding kumpulan barangan lain.

Ibu tunggal didenda RM8,000 buat hantaran jelik berhubung majlis solat hajat
Seorang ibu tunggal didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat penghantaran komunikasi jelik berhubung majlis solat hajat.

Lelaki bersenjata cuba ceroboh pejabat FBI di Cincinnati ditembak mati
Seorang lelaki bersenjata yang cuba menceroboh pejabat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Cincinnati ditembak mati oleh anggota penguatkuasa pada pagi Khamis.

Mahkamah Australia denda Google AS$42.7 juta kerana penipuan data peribadi
Mahkamah Australia telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak AS$42.7 juta terhadap Google kerana membuat representasi mengelirukan berhubung penggunaan dan pengumpulan data peribadi pengguna.

Perak FC siasat insiden kekecohan di Stadium Sultan Muhammad IV
Perak FC akan membuat siasatan berhubung insiden kekecohan ketika aksi Liga Premier antara pasukan kelab itu dengan Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu, pada petang Rabu.

Remaja mengaku tidak bersalah samun, rogol wanita di hotel bajet
Tindakan kejam seorang remaja melakukan samun sebelum merogol seorang wanita di sebuah hotel bajet, minggu lalu membawa padah.

Polis buru lelaki warga asing disyaki rogol remaja 14 tahun
Polis Johor sedang memburu seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Kluang, bulan lalu.

Warga Rohingya didakwa amang seksual, rogol kanak-kanak
Mahkamah menetapkan tertuduh tidak boleh diikat jamin serta kes akan disebut semula pada 2 September.

Rogol berkumpulan: Tiga lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Mereka didakwa secara bersama melakukan rogol berkumpulan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 11 bulan.

Rogol: Remaja perempuan mengaku tidak bersalah bersubahat
Remaja itu dituduh bersubahat dengan tiga lelaki dengan cara membenarkan dan menyebabkan seorang remaja lain dirogol.

Rogol pelajar Tingkatan Satu, juruteknik dipenjara 64 tahun, 8 sebatan
Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana merogol kanak-kanak.

Rogol remaja: Penceramah bebas direman lima hari lagi
Permohonan dibuat bagi membolehkan penceramaham berusia 30-an itu disiasat berhubung kes berkenaan yang berlaku pada Januari lalu.

Penghantar makanan mengaku tidak bersalah rogol remaja bawah umur
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah hotel sekitar pukul 12.30 tengah malam.

PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.

Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.