awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol pembantu rumah: Exco Perak yang didakwa bebas dengan jaminan polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/07/2019
05:52 MYT
Rogol pembantu rumah: Exco Perak yang didakwa bebas dengan jaminan polis
Polis telah merakam percakapan Exco kerajaan negeri Perak yang didakwa merogol pembantu rumahnya.
Exco kerajaan negeri Perak yang ditahan atas dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, Exco berkenaan yang ditahan pada Selasa turut menjalani pemeriksaan doktor bagi tujuan siasatan.
“Setelah selesai, suspek berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada 8 Julai lalu, polis Perak menerima satu laporan daripada seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun mendakwa dia dirogol di rumah majikannya di Meru Ipoh oleh majikan yang juga Exco kerajaan negeri Perak.
Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan dengan merakam percakapan mangsa dan menghantarnya ke hospital untuk pemeriksaan.
Razarudin berkata, berdasarkan bukti awal siasatan, pihak polis telah mengklasifikasikan kes tersebut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Siasatan forensik telah dijalankan di tempat kejadian dan beberapa bukti telah diambil untuk dianalisa.
“Percakapan beberapa saksi berkaitan telah diambil, termasuk ahli keluarga Exco berkenaan,” ujarnya.
Sementara itu, kata Razarudin, pihak polis telah menempatkan mangsa di tempat yang selamat sehingga kertas siasatan dirujuk ke pihak Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Timbalan Pendakwa Raya. BACA: Exco Perak didakwa rogol pembantu rumah warga Indonesia, DAP serah kepada pihak berkuasa
Topic Berkaitan
#bebas dengan jaminan polis
#exco Perak
#polis
#Razarudin Husain
#rogol pembantu rumah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan