InTrend ingin memberi lebih pencerahan kepada semua InTrenders tentang pentingnya menunaikan tanggungjawab membayar zakat, memberikan maklumat tentang saluran-saluran zakat yang disediakan oleh pihak kerajaan, dan yang paling terkini, tuntutan untuk membayar zakat dalam kalangan peniaga-peniagaan online yang beragama Islam. Selamat membaca, semoga anda memperoleh faedah daripadanya.
- Definisi zakat?
- Kenapa umat Islam wajib membayar zakat?
- Apakah syarat wajib membayar zakat?
- Islam
- Merdeka
- Milik sempurna
- Cukup haul
- Cukup nisbah – RM 11,308
- Niat untuk berniaga – khas utuk perniaga sahaja
- Berapakah jenis zakat yang ada?
Zakat Fitrah – Ia dikenali sebagai zakat diri sendiri yang ditunaikan pada bulan Ramadan. Zakat ini boleh ditunaikan oleh setiap individu sama ada lelaki atau perempuan.
Zakat Harta - Ia terdiri daripada zakat pendapatan, wang simpanan, emas dan perak, saham, KWSP, perniagaan, ternakan, pertanian dan qadha zakat.
- Bagaimana cara kaedah pengiraan zakat pendapatan?
Cara 1:
Pendapatan kasar setahun x 2.5% (jika melebih nisab RM11,308 setahun)
Contoh : RM36,000.00 x 2.5%
Cara 2:
- Pendapatan setahun termasuk elaun, bonus, dividen yang diterima dalam setahun
- Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)
- Diri – RM9,000
- Isteri – RM3,000
- Anak – RM4,000/ ( jika anak seorang-RM1,000)
- Ibu Bapa (contoh : RM100 x 12) – RM1,200
- KWSP (contoh : 11%) – RM3,960
- Caruman koperasi/insitusi kewangan (contoh : Tabung Haji) – RM900
- Pendapatan yang layak dizakat ( A-B) = RM14,840
- Zakat yang wajib dibayar ( kerana C lebih dari nisab ) – RM 14,840 / 2.5% = RM371
- Jumlah potongan gaji zakat sebulan – RM371 / 12 = RM30.92 (Jumlah ini yang anda bayar setiap bulan)
- Zakat Simpanan
- Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan. Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.
- KWSP
Jumlah Pengeluaran x 2.5%
- Zakat Perniagaan (Khas Untuk Perniagaan Secara Online)
Contoh:
Pendapatan kasar dalam tempoh setahun dalam Januari - Disember, buat pengiraan sama atas zakat pendapatan :
- Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (setahun)
- Diri
- Isteri
- Anak
- Ibu Bapa
- KWSP (jika ada buat simpanan KWSP)
- Caruman koperasi/ insitusi kewangan (contoh : Tabung Haji)
- Pendapatan yang layak dizakat ( A-B) = RM……
- Zakat yang wajib dibayar (kerana C lebih daripada nisab ) – RM 14,840 / 2.5% = RM371
- Jumlah potongan gaji zakat sebulan – RM371 / 12 = RM30.92 (Jumlah ini yang anda bayar setiap bulan)
- Boleh kongsikan apakah saluran-saluran bayaran zakat yang disediakan?
- Taman Shamelin Perkasa Cheras
- Masjid Negara
- Wangsa Maju Seksyen 5
- Putrajaya Presint 9
- Putrajaya Presint 15 Diplomatik
- Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr.Ismail
- Daruzzakah Lorong Haji Hussein 2
- Masjid Al-Imam Al-Ghazali Kepong
- Masjid Abd Rahman Bin Auf Jalan Puchong
- UTCKL Pudu Sentral
- Labuan Times Square
WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP
Isnin – Jumaat : 8.15 pagi – 4.45 petang
Sabtu (kedua,empat) : 8.15 pagi – 12.45 tengah hari
* Kaunter PPZ di UTCKL Pudu Sentral dibuka setiap hari dari jam 8.15 pagi - 10.00 malam sepanjang tahun.
Secara Online :
- PORTAL PPZ ( www. zakat.com.my )
- iZakat - muat turun aplikasi ini di AppStore dan Google Play
- Portal - www.zakat2u.com.my
Menerusi Bank :
- Kaunter Bank
- Perbankan Internet- Myabank2U, CimbClik, RHBOnline dan lain-lain
Bayaran di Pejabat Pos di Wilayah Persekutuan
- Bagaimana caranya jika pelanggan ingin mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai zakat?