awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rokok dah cukup teruk, jangan burukkan dengan vape' - Pakar Kesihatan Awam

Hilal Azmi
Hilal Azmi
04/11/2015
11:54 MYT
'Rokok dah cukup teruk, jangan burukkan dengan vape' - Pakar Kesihatan Awam
Lokman mempersoal pihak berwajib sama ada cukup tegas dalam membuat keputusan berkaitan isu rokok dan juga rokok elektronik.
Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai hentikan tabiat merokok dan juga penggunaan rokok elektronik kerana kedua-duanya mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) hari ini menegaskan penggunaan rokok elektronik terutamanya di kalangan mereka di bawah umur amat merisaukan.
" Perkara yang jadi kerisauan kami ialah orang yang tak merokok kini vape. Kemudian, ajar kanak-kanak vape, apa ni? Apakah mahu membudayakan rokok?" katanya.
Namun, apabila ditanya berkaitan cadangan Kementerian Kesihatan mengharamkan penggunaan rokok elektronik (e-cigarette) diperluas ke rokok tembakau, beliau yang juga pakar kesihatan awam memberitahu, ia sememangnya patut sama diharamkan.
"Cukuplah hidup kita diburukkan dengan kewujudan rokok. Tak perlu kita burukkan lagi dengan rokok elektronik atau vape," katanya.
Rokok elektronik mengandungi nikotin akan diambil tindakan - KKM
Beliau turut mempersoal pihak berwajib sama ada cukup tegas dalam membuat keputusan berkaitan isu rokok dan juga rokok elektronik.
"Tetapi, apakah kita ada keinginan politik untuk mengharamkannya? Memandangkan rokok elektronik ini masih baru, kita ketahui akan mudaratnya, maka kami syorkan agar kerajaan ambil tindakan proaktif dalam mengharamkan rokok.
"Jangan dah terlambat macam rokok, tahu (tentang kesan kesihatan) baru kita mengambil tindakan," tambahnya. Isu vape: 'Subramaniam macam ada agenda tersembunyi' - Armand
Topic Berkaitan
#e-cigarette
#Lokman Hakim Sulaiman
#rokok elektronik
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan