MALAYSIA
Rokok elektronik di Filipina mungkin mengandungi bahan 'Tuklaw' - PDEA

Ujian makmal di Filipina dan Singapura mengesahkan bahawa rokok "Tuklaw" mengandungi bahan kimia berbahaya. - Gambar hiasan
MANILA: Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) pada Selasa memberi amaran bahawa sebahagian produk vape di negara itu mungkin mengandungi komponen synthetic cannabinoid yang sebelum ini ditemukan dalam rokok dikenali sebagai "Tuklaw".
Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan, semasa sesi perbahasan belanjawan agensi itu, Ketua PDEA Isagani Nerez berkata ujian makmal di Filipina dan Singapura mengesahkan bahawa rokok "Tuklaw" mengandungi bahan kimia berbahaya yang telah disenaraikan oleh Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).
Beliau berkata bahan kimia berbahaya itu juga termasuk dalam klasifikasi bahan terlarang oleh Lembaga Dadah Berbahaya (DDB).
"Sejak kami mengeluarkan nasihat, edarannya di sini telah berkurangan."Namun kini, kami dapati cannabinoid, iaitu komponen dalam Tuklaw sudah pun wujud dalam produk vap," kata Nerez.
Beliau berkata penyelidikan lanjut sedang dijalankan untuk mengesahkan kaitan itu.
Nerez memberi jaminan kepada Senat bahawa sebaik disahkan, PDEA akan meminta DDB mengeluarkan resolusi yang berkaitan.
Pihak berkuasa sebelum ini telah mengeluarkan nasihat melarang penjualan dan penggunaan bahan itu selepas beberapa rampasan dibuat di kawasan pelancongan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami