awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rokok seludup bernilai RM29.6 juta dirampas di perairan Sabah

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
10/05/2021
09:50 MYT
Rokok seludup bernilai RM29.6 juta dirampas di perairan Sabah
4,000 kotak rokok seludup bernilai RM29.6 juta yang dirampas APMM Sabah di perairan Kudat. - Foto Astro AWANI
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah berjaya merampas 4,000 kotak seludup yang dianggarkan bernilai RM29.6 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di perairan Kudat.
Menerusi kejadian pada 5 Mei itu, 13 kru kapal turut ditahan melibatkan lelaki warganegara India, Sri Lanka dan Indonesia.
Menurut Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau, kapal kargo tersebut telah dikesan di kedudukan kira-kira 1 batu nautika barat daya Pulau Molleangan Kecil berdasarkan maklumat risikan dan pengesanan radar SWASLA Sabah.
Jelasnya, operasi bersempena Op Pluto Timur dan Op Cegah PATI tersebut kemudiannya berjaya menahan kapal kargo yang berdaftar di UIaanbaatar, Mongolia itu didapati membawa muatan kira-kira 4,000 kotak rokok putih di perairan berkenaan.
"Hasil daripada pemeriksaan mendapati kapal tersebut bergerak dari Ho Chi Minh, Vietnam menuju ke daerah Sandakan.
"Kapal terbabit membawa muatan sejumlah 4,000 kotak rokok yang dianggarkan bernilai RM29.6 juta.
"Manakala sitaan kapal pula bernilai RM5 juta dengan jumlah keseluruhan barangan rampasan adalah sebanyak RM34.6 juta," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Zon Maritim Kudat, Kudat, pada Isnin.
Mengulas lanjut, kapal kargo bersama kru serta barangan yang dirampas telah ditahan untuk tindakan seterusnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#APMM Sabah
#rokok seludup
#rokok seludup di Sabah
#SWASLA Sabah
#Op Pluto Timur
#Op Cegah Pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan