awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Roland Sagah terkilan Fadhlina enggan bincang isu pendidikan mendesak di Sarawak

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
22/05/2023
07:10 MYT
Roland Sagah terkilan Fadhlina enggan bincang isu pendidikan mendesak di Sarawak
Sagah menegaskan percubaan kementeriannya untuk mendapatkan pertemuan yang sewajarnya dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah diabaikan sejak beliau memegang jawatan pada Disember tahun lalu. - Gambar fail
KUCHING: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Roland Sagah Wee Inn meluahkan kekecewaannya terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang didakwanya enggan melayan permohonan untuk berbincang mengenai isu pendidikan yang mendesak di negeri itu.
Sagah menegaskan percubaan kementeriannya untuk mendapatkan pertemuan yang sewajarnya dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah diabaikan sejak beliau memegang jawatan pada Disember tahun lalu.
Beliau turut terkilan selepas lawatan rombongan KPM ke Sarawak baru-baru ini tidak dimaklumkan secara profesional kepada pihaknya untuk terlibat sama.
“Saya terkilan, sehingga hari ini permohonan Kementerian kita untuk mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan masih tidak berjaya, dan lebih memeritkan, tiada makluman rasmi menjemput kementerian kami semasa lawatan beliau ke Sarawak baru-baru ini.
“Saya juga menyifatkan lawatan tersebut sebenarnya hanyalah sebuah lakonan semata-mata sahaja kerana hanya melibatkan sekolah yang baik, sementara sekolah yang tertekan dengan pelbagai isu dibiarkan dan tidak dilawati,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Kementerian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Roland memberitahu, pihaknya hanya bertemu secara rasmi semasa kunjungan hormat KPM dengan Premier Sarawak, bagaimanapun tarikh perjumpaan antara Kementerian itu masih belum juga ditetapkan oleh KPM.
“Saya tidak gagal untuk berjumpa dengan beliau, ada waktunya tetapi ia semasa beliau membuat kunjungan hormat dengan Premier Sarawak, dan ia bukanlah perbincangan antara kami, ianya perbincangan kami dengan Premier Sarawak.
“Saya cuba untuk mendapatkan tarikh daripada beliau, setakat ini tidak ada jawapan, saya faham mungkin beliau sibuk, atau masih baru, saya berharap masa akan datang beliau akan melakukan pertemuan bersama kementerian.
“Apa yang penting perkara yang akan kita bincangkan mesti diambil serius, kalau hanya berjumpa dan bercakap, tiada guna, saya tidak mahu buang masa untuk perkara seperti ini,” ujarnya lanjut semasa sidang media selepas sesi penggulungan di DUN Sarawak.
Terdahulu dalam ucapan penggulungannya, Roland menjelaskan terdapat beberapa isu mendesak dibangkitkan untuk makluman KPM antaranya isu kekosongan jawatan guru besar dan pengetua di beberapa sekolah di Sarawak.
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#roland sagah
#pendidikan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan