Rombakan kabinet: Tiada tempoh 'honeymoon' kepada menteri baharu - Fahmi

Fahmi memaklumkan Perdana Menteri memberi peringatan tegas kepada semua menteri baharu supaya tidak tergesa-gesa membuat sebarang keputusan. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas kepada semua menteri baharu supaya tidak tergesa-gesa membuat sebarang keputusan, khususnya yang melibatkan dasar dan hala tuju kementerian.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan menteri baharu untuk tidak terburu-buru membuat keputusan berkaitan dasar dan hala tuju kementerian, meminta mereka untuk memahami sepenuhnya pengurusan kementerian masing-masing sebelum membuat sebarang keputusan.
- Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan bahawa tiada tempoh bulan madu diberikan kepada menteri baharu, meskipun Perdana Menteri tidak menetapkan tempoh khusus, dan menekankan perlunya ruang diberikan kepada pegawai kementerian untuk menyampaikan pandangan sebelum keputusan dibuat.
- Pemukiman Jemaah Menteri dijadual diadakan dalam masa terdekat bagi memperjelaskan hala tuju, objektif, dan matlamat pentadbiran yang seiring dengan arahan Perdana Menteri; sementara lapan menteri dan timbalan menteri baharu telah mengangkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.
Beliau memberitahu, meskipun Perdana Menteri tidak menetapkan sebarang tempoh khusus, namun jelas tiada tempoh bulan madu diberikan kepada anggota Jemaah Menteri yang baharu.
"Perdana Menteri tidak menyatakan secara khusus tempoh masa yang akan diberikan, namun jelas tiada honeymoon period untuk rakan-rakan menteri.
"Kebanyakan mereka pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri sebelum ini, justeru urusan pentadbiran kementerian bukanlah sesuatu yang asing.
"Cuma terdapat beberapa menteri yang baharu menyertai pentadbiran dan mereka mungkin memerlukan sedikit masa untuk memahami selok-belok pengurusan kementerian," katanya yang juga Menteri Komunikasi pada sidang media mingguan Mesyuarat Pasca Kabinet, di sini, pada Khamis.
Menurut Fahmi, Perdana Menteri turut mengalu-alukan pelantikan semua menteri baharu dan menekankan keperluan mereka memberi ruang kepada pegawai serta penjawat awam kementerian untuk mengemukakan pandangan dan penilaian sebelum sesuatu keputusan dibuat.
"Pendekatan ini penting kerana terdapat menteri baharu yang masih dalam proses memahami sistem pentadbiran kerajaan serta mekanisme Mesyuarat Jemaah Menteri.
"Berikan masa kepada pegawai dan penjawat awam untuk menyampaikan pandangan dulu. Perdana Menteri juga memberi ruang kepada semua menteri baharu untuk menelaah beberapa perkara sebelum keputusan-keputusan dasar dibuat.
"Jadi ini penting kerana ada dalam kalangan menteri-menteri yang baharu, yang belum lagi benar-benar mengenali, memahami sistem di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri," ujarnya.
Dalam pada itu, Fahmi memberitahu, pemukiman Jemaah Menteri dijadual diadakan dalam tempoh terdekat bagi memperjelaskan hala tuju, objektif dan matlamat pentadbiran, selaras dengan perkara-perkara yang telah digariskan oleh Perdana Menteri.
Pada Rabu, tujuh menteri termasuk dua yang baharu dilantik, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.
Pada masa sama, lapan timbalan menteri yang baharu dilantik turut mengangkat sumpah jawatan.
Dalam rombakan terbaharu itu, dua menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan.
Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah pesanan utama yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada menteri baharu dalam Mesyuarat Jemaah Menteri? A: Perdana Menteri memberi amaran kepada menteri baharu agar tidak terburu-buru membuat keputusan, terutamanya berkaitan dengan dasar dan hala tuju kementerian.
- Q: Mengapakah penting bagi menteri baharu untuk mengambil masa untuk memahami pengurusan kementerian sebelum membuat keputusan? A: Kerana menteri baharu perlu memahami sepenuhnya pengurusan kementerian masing-masing serta dasar berkaitan yang sedang dirangka sebelum membuat sebarang keputusan.
- Q: Apakah yang dinyatakan oleh Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkenaan tempoh 'bulan madu' bagi menteri baharu? A: Fahmi Fadzil menyatakan bahawa tiada tempoh bulan madu diberikan kepada menteri baharu, dan mereka perlu memberi ruang kepada pegawai serta penjawat awam untuk menyampaikan pandangan sebelum membuat keputusan.
- Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap dua menteri dan seorang timbalan menteri dalam rombakan Kabinet MADANI? A: Dua menteri, iaitu Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Mohd Na'im Mokhtar, serta seorang timbalan menteri telah digugurkan dalam rombakan terbaharu Kabinet MADANI.
- Q: Apa yang dijadualkan akan diadakan bagi memperjelaskan hala tuju, objektif dan matlamat pentadbiran dalam Jemaah Menteri? A: Pemukiman Jemaah Menteri dijadualkan diadakan dalam tempoh terdekat bagi memperjelaskan hala tuju, objektif, dan matlamat pentadbiran selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

