Rombakan Kabinet: Yuneswaran anggap pelantikan satu cabaran besar menjelang PRU16

Yuneswaran antara lapan timbalan menteri selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara hari ini. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perpaduan, R Yuneswaran menyifatkan pelantikan beliau sebagai satu cabaran besar, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijangka berlangsung dalam tempoh kurang dua tahun.
Ringkasan AI
- Timbalan Menteri Perpaduan, R Yuneswaran menganggap pelantikannya sebagai satu cabaran besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) yang dijangka berlangsung dalam masa kurang dua tahun.
- Rakyat menaruh harapan tinggi terhadap gerak kerja barisan Kabinet baru, dan Yuneswaran menekankan kerjasama antara pihak-pihak kementerian amat penting untuk melaksanakan agenda Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Semalam, Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet ketiga yang melibatkan 10 menteri dan 18 timbalan menteri, di mana Yuneswaran menggantikan K Saraswathy dalam barisan tersebut.
Tambah beliau kerjasama antara semua pihak di peringkat kementerian amat penting untuk mengangkat agenda Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Yuneswaran merupakan antara lapan timbalan menteri yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Selain itu, tujuh menteri turut mengangkat sumpah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara pada pagi tadi.
Semalam, Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet kali ketiga melibatkan 10 menteri dan 18 timbalan menteri.
Yuneswaran menggantikan K Saraswathy yang digugurkan daripada barisan Kabinet kali ini.
Tahun 2026 akan menandakan permulaan dua tahun terakhir Parlimen Malaysia ke-15 yang sidang pertamanya pada 19 Disember 2022 dan akan dibubarkan secara automatik pada 19 Disember 2027.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


