awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RON95, RON97 turun 3 sen, diesel turun 5 sen

Isabelle Leong
Isabelle Leong
18/09/2020
08:49 MYT
RON95, RON97 turun 3 sen, diesel turun 5 sen
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM). - REUTERS/Lee Jae-Won
Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 3 sen manakala diesel pula turun 5 sen berkuat kuasa 19 hingga 25 September ini.
Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.66 seliter diturunkan kepada RM1.63 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
Sementara itu, harga runcit bagi RON97 diturunkan kepada RM1.93 seliter yang mana sebelum ini RM1.96 seliter.
Kementerian itu juga mengumumkan penurunan harga runcit diesel yang turun daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.
Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#diesel
#harga minyak
#Kementerian Kewangan
#minyak
#petrol
#RON95
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan