awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo beri bayangan terus beraksi untuk Portugal

Sinar Harian
Sinar Harian
09/07/2024
05:10 MYT
Ronaldo beri bayangan terus beraksi untuk Portugal
Ronaldo bermain dalam semua lima perlawanan Portugal dalam kejohanan di Jerman itu dengan purata 97 minit setiap perlawanan. - Gambar/ Reuters
CRISTIANO Ronaldo memberi bayangan dia akan terus bermain untuk Portugal selepas pasukan itu tersingkir dari kejohanan Euro 2024.
Ronaldo bermain dalam semua lima perlawanan Portugal dalam kejohanan di Jerman itu dengan purata 97 minit setiap perlawanan.
Bagaimanapun, buat pertama kali dalam kariernya, penyerang Al Nassr itu gagal menjaringkan gol dalam tempoh 90 minit perlawanan di kejohanan antarabangsa utama.
Kapten Portugal itu memecah kesunyian di media sosial selepas kekalahan 5-3 kepada Perancis pada Jumaat menerusi penentuan sepakan penalti pada suku akhir.
"Kami mahukan lebih. Kami berhak lebih. Untuk kami. Untuk setiap daripada anda. Untuk Portugal.
"Kami berterima kasih atas segala yang anda berikan kepada kami dan untuk semua yang kami capai setakat ini. Di dalam dan di luar padang, saya yakin legasi ini akan dihormati dan akan terus dibina bersama-sama," katanya.
Pengendali Portugal, Roberto Martinez berkata, selepas pasukannya tersingkir, terlalu awal untuk mengatakan jika Ronaldo telah bermain perlawanan terakhir untuk negaranya.
Ronaldo telah menjaringkan 130 gol dalam 212 penampilan untuk Portugal sejak membuat penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan pada 2003 dan memenangi Euro 2016.
Bagaimanapun, dia mengesahkan Euro kali ini adalah kejohanan Eropah terakhirnya bersama Portugal.
Namun, pemenang lima kali Ballon d'Or itu tidak menafikan akan terus bermain sehingga Piala Dunia 2026 pada usia 41 tahun. - Sinar Harian/ Agensi
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini EURO 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Ronaldo
#Portugal
#prestasi semasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan