awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamas sahkan kematian Abu Ubaidah
Melaka perkukuh agenda tenaga hijau, laksana projek solar di bumbung parkir UTC
JPNIN lepasi sasaran dengan pencapaian 301 Rukun Tetangga Progresif - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RoS lulus pindaan perlembagaan Bersatu berkuat kuasa Isnin

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2024
10:55 MYT
RoS lulus pindaan perlembagaan Bersatu berkuat kuasa Isnin
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, pindaan perlembagaan parti tersebut boleh dijalankan bermula Isnin.
SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.
Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, pindaan perlembagaan parti tersebut boleh dijalankan bermula Isnin.
Menurut Ahli Parlimen Machang itu, langkah seterusnya ialah mengosongkan kerusi mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) peringkat Parlimen.
“Alhamdulillah RoS telah lulus permohonan pindaan ini yang membolehkan kami mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini, Bersatu dilaporkan meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang.
Pindaan perlembagaan itu dibuat susulan tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Ia membabitkan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#ros
#pindaan perlembagaan
#Bersatu
#sokong perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan