awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
Warga Tentera Darat perlu bangkit, kekal berintegriti dan berkemahuan menang - PTD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosak patung kuil: Pihak pendakwa fail rayuan terhadap perintah Mahkamah Sesyen

Bernama
Bernama
01/12/2016
11:27 MYT
Rosak patung kuil: Pihak pendakwa fail rayuan terhadap perintah Mahkamah Sesyen
Fathi Munzir Nadzri didakwa mengamuk dan merosakkan berhala di Kuil Sri Muniswarar Amman Kovil Jalan Hospital pada 24 April lalu. - fotoBERNAMA
Pihak Pendakwa Raya yang tidak berpuas hati terhadap perintah Mahkamah Sesyen Ipoh yang membebaskan seorang siswazah perubatan daripada pertuduhan merosakkan patung di Kuil Sree Muneeswaran Amman, kerana dia tidak waras, telah menfailkan rayuan hari ini.
Dalam kenyataan media hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata semalam, Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa tertuduh Fathi Munzir Nadzri, 29, telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, namun, hakim itu mendapati ketika kesalahan itu dilakukan, tertuduh adalah tidak waras.
"Oleh yang demikian, beliau telah membuat perintah di bawah Seksyen 347 yang dibaca sekali dengan Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah untuk melepaskan tertuduh dengan amaran dan diletakan di bawah jagaan keluarga tertuduh.
"Pihak pendakwa raya tidak berpuas hati dengan perintah Hakim Mahkamah Sesyen dan telah menfailkan rayuan terhadap perintah tersebut hari ini," katanya sambil menambah rayuan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak.
Semalam, Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Mohd Tajuddin dalam penghakimannya berkata terbukti dengan jelas bahawa Fathi Munzir melakukan kesalahan itu namun keterangan pakar psikiatri mengesahkan tertuduh menghidapi 'Bipolar Affective Disorder with Psychotic Features Manic Phase'.
"Tertuduh didapati melakukan perkara itu tetapi atas imbangan kebarangkalian dia didapati melakukan perkara itu dalam keadaan tidak waras dan tidak tahu perbuatan yang dilakukan adalah salah dari segi undang-undang," kata hakim itu.
Fathi Munzir didakwa merosakkan patung-patung di kuil tersebut di hadapan pusat beli-belah Angsana Mall di Ipoh pada 5 petang, 24 April lalu mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah turut melepaskan dan membebaskan Fathi Munzir daripada pertuduhan memiliki parang pada tarikh dan tempat yang sama. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fathi Munzir Nadzri
#kuil Sree Muneeswaran Amman
#Mohamed Apandi Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan