awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita

Sinar Harian
Sinar Harian
04/02/2026
06:17 MYT
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Lelaki berusia 20-an itu mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Seorang wanita terkejut apabila teman lelakinya secara tiba-tiba bertindak keluar dari kenderaan yang dipandunya dalam kejadian di Jalan Seremban-Nilai, berhampiran Taman Kirby, Batu 9, Labu, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki berusia 20-an itu mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa selepas lebih 20 jam bertarung nyawa di hospital.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 20-an pada jam 11.37 pagi, Selasa.
“Wanita berkenaan memaklumkan bahawa rakannya, seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai terjatuh dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak pada 2 Februari 2026, kira-kira jam 3 petang.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa lelaki itu berada di dalam kereta yang dipandu oleh pengadu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, berlaku perbincangan sebelum mangsa dipercayai bertindak keluar dari kenderaan tersebut secara tiba-tiba.
Ujarnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa tidak sedarkan diri di lokasi dan mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta kaki.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini sebelum disahkan meninggal dunia pada Selasa, jam 12.35 tengah hari, oleh pegawai perubatan.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki terjun kereta
#kemalangan maut
#Seremban
#teman wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan