Skip to main content

Malaysia

Rosmah Mansor ditahan SPRM, didakwa di mahkamah hari ini

61554797569_rosmah.jpg
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada pukul 1.45 petang Selasa.

Rosmah, bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM.

SPRM sebelum itu telah mendapat izin mendakwa daripada pejabat Peguam Negara bagi menuduh Rosmah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Rabu. 

Kenyataan SPRM menyebut Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16 (A) (a) Akta SPRM 2009.

SPRM telah menahan Rosmah selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada pukul 1.40 petang.

BACA: Projek hibrid solar: Rosmah mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1.5 juta

B
ACA: Najib dipanggil SPRM berhubung kes pemasangan tenaga solar

BACA: Najib jawab dakwaan Rosmah beli berlian merah jambu


Advertisement

Must Watch Video