MALAYSIA

Rosmah selesai beri keterangan kepada SPRM - Peguam

Hakim Rahman 05/06/2018 | 08:47 MYT
Rosmah ketika di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi. - Astro AWANI/Shahir Omar
Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas lima jam berada di ibu pejabat agensi tersebut.

"Pihak SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada anak guam kami, beliau (Rosmah) telah memberikan kerjasama penuh dan para pegawai juga melakukan tugas mereka dengan profesional," kata peguamnya, Datuk K. Kumaraendran.

Rosmah datang menaiki kenderaan Mercedez Benz berwarna perak pada jam 10.43 pagi bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rosmah yang berbaju kurung biru berbunga hijau dan berselendang merah, keluar dari bangunan SPRM tanpa menghiraukan pertanyaan puluhan wakil media yang meminta beliau memberi komen mengenai keterangannya pada SPRM.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sebelum ini, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan, penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.


BACA: Siasatan SRC: Peguam Najib tarik diri

BACA: Rosmah datang SPRM bawa beg tangan merah

BACA: Rosmah tiba di ibu pejabat SPRM



#1MDB #Rosmah Mansor #SPRM #SRC International