awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rosmah, Tengku Adnan antara empat individu hadapi pendakwaan esok

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/11/2018
09:29 MYT
Rosmah, Tengku Adnan antara empat individu hadapi pendakwaan esok
SPRM: Kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis - Foto Astro AWANI
Empat individu termasuk isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan didakwa di mahkamah esok dalam dua pertuduhan berbeza.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam satu kenyataan menyebut Rosmah dan bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Rizal Mansor akan dituduh berhubung siasatan kes membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak pada 15 November 2018, jam 2.30 petang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Rosmah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada jam 12 tengah hari ini bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut.
Tengku Adnan pula telah ditahan berhubung siasatan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada jam 3.25 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, hari ini.
Tengku Adnan akan dituduh bersama seorang ahli perniagaan, Datuk Tan Eng Boon di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada tarikh dan waktu yang sama esok.
Topic Berkaitan
#mahkamah
#pendakwaan
#Rizal Mansor
#Rosmah Mansor
#Tan Eng Boon
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan