awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh

Bernama
Bernama
06/08/2021
21:41 MYT
Rossi tetap pelumba terbaik - Hafizh
Hafizh (gambar) tidak menolak kemungkinan keputusan Rossi mengundurkan diri adalah untuk memberi laluan kepada barisan pelumba muda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Legenda MotoGP Valentino Rossi yang mengumumkan akan bersara pada penghujung musim ini merupakan seorang pelumba terbaik dengan pelbagai impak besar dicipta sepanjang 26 tahun kariernya, kata pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Meskipun prestasi keseluruhan ikon permotoran Itali berusia 42 tahun itu merudum pada penghujung kariernya, Hafizh berkata reputasi Rossi tidak boleh dipersoal selepas deretan kejayaan dilakarnya, selain kelibat beliau di litar menjadi inspirasi kepada bakat muda di seluruh dunia.
Hafizh, 27, tidak menolak kemungkinan keputusan Rossi mengundurkan diri adalah untuk memberi laluan kepada barisan pelumba muda yang menjadikan saingan MotoGP ketika ini semakin sengit dan mencabar.
"Apa yang saya dengar masa temu bual semalam dia (Rossi) kata sudah cukup sampai sini, bagi saya dia still the best (masih yang terbaik) bagi semua pelumba yang lain. Macam masa zaman saya kecil, kita nampak dia lah sebagai idola dan ikon sehingga sekarang," katanya dalam satu rakaman video kepada wartawan, pada Jumaat.
BACA: MotoGP: Umum persaraan, Valentino Rossi tidak lagi berlumba tahun depan
Hafizh yang juga bekas pelumba MotoGP berasa bertuah apabila berkesempatan berlumba bersama idolanya itu sebelum ini.
"Saya sangat terharu dan bangga sebab dua tahun dapat berlumba dengan dia (Rossi), dan satu tahun tu berkongsi satu kem di bawah Yamaha....jadi ada part (bahagian) yang saya belajar dan juga compare (bandingkan) data bersamanya," jelas beliau sambil mendoakan yang terbaik buat Rossi selepas ini.
Pada Khamis, Rossi yang berlumba dengan pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu mengumumkan akan bersara pada hujung musim 2021 dengan pencapaian juara MotoGP sebanyak tujuh kali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hafizh Syahrin
#Valentino Rossi
#legenda
#MotoGP
#persaraan
#bersara
#idola
#ikon
#terbaik
#Hafizh Syahrin Abdullah
#pelumba
#ikon permotoran
#Itali
#impak besar
#inspirasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan