PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang ustaz yang didapati bersalah mencederakan seorang anak muridnya di bahagian kaki kiri dan kanan dengan menggunakan rotan lima tahun lepas, menjalani hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa hari ini.
Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengembalikan semula hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 yang dijatuhi terhadap Muhammad Adib Abd Halim, 28, oleh Mahkamah Majistret Kajang pada 16 Nov 2018.
Hakim itu turut mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Jun 2019 yang menggantikan hukuman penjara enam bulan kepada penjara sehari dan menaikkan jumlah denda daripada RM2,000 kepada RM4,000 terhadap Muhammad Adib.
Hakim Hanipah dalam penghakimannya berkata mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, denda maksimum yang boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 dan hukuman yang dikenakan ke atas Muhammad Adib selaku responden adalah menyalahi undang-undang.
"Dengan itu, keseluruhan hukuman (penjara sehari dan denda RM4,000) yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam adalah tidak sah kerana tidak selaras dengan Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan ia perlu diketepikan oleh mahkamah ini," katanya yang turut bersidang bersama-sama Hakim Datuk P. Ravinthran dan Datuk Hashim Hamzah.
Menurut Hanipah, dalam kes itu, pihak pendakwa raya telah merayu terhadap keseluruhan hukuman oleh hakim Mahkamah Tinggi dan mahkamah mendapati mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, hukuman yang diperuntukkan tidak boleh melebihi setahun penjara atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
"Mengikut rekod rayuan, adalah jelas bahawa Mahkamah Majistret mengenakan hukuman mengikut peruntukan undang-undang. Faktor-faktor yang telah diambil kira oleh majistret dalam menentukan hukuman ke atas responden antara lain tahap kecederaan yang dialami oleh mangsa sehingga menyebabkan mangsa dimasukkan ke dalam hospital selama dua hari.
"Kami mendapati Mahkamah Majistret juga mengambil kira bahawa mangsa adalah di bawah jagaan responden selain mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan oleh responden dalam menjatuhkan hukuman," katanya.
Hakim Hanipah berkata mahkamah mendapati bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah mengganggu hukuman yang dijatuhkan oleh majistret dan tidak menyentuh langsung apakah kesilapan yang dibuat oleh majistret dan prinsip hukuman yang diguna pakai.
"Oleh itu, mahkamah ini wajar campur tangan keputusan hakim Mahkamah Tinggi. Dengan ini, hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret dikembalikan.
"Wang denda jika terlebih bayar oleh responden hendaklah dikembalikan kepadanya. Hukuman penjara enam bulan berkuat kuasa dengan serta-merta dan waran komital dikeluarkan," katanya.
Muhammad Adib yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, sebelum ini dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang murid lelaki berusia 11 tahun di dalam kelas di sebuah sekolah rendah agama di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, pada 2.25 petang, 16 Ogos 2017 dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Shazwani Izyan Mohd Akhir manakala Muhammad Adib diwakili peguam Khairul Amin Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
Panel tiga hakim sebulat suara mengembalikan semula hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret pada 2018. - Gambar hiasan
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
Rotan murid: Ustaz perlu jalani hukuman penjara 6 bulan serta-merta
Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah yang mengembalikan semula hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Kajang pada 16 Nov 2018.