awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Malaysia perlu jadi pasaran pengguna berdaya maju selain hab pengeluaran - Liew
DUNIA
Separuh pejabat di Tehran tidak beroperasi pada Rabu - Laporan
DUNIA
UNRWA: Sektor kesihatan di Gaza dalam keadaan kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LIFESTYLE

Roti canai Malaysia dinobat makanan jalanan terbaik dunia

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2022
08:21 MYT
Roti canai Malaysia dinobat makanan jalanan terbaik dunia
Roti canai yang lazimnya disertai kuah kari, kuah dal dan adakalanya sambal gabungan pedas dan manis telah dinobat sebagai makanan jalanan terbaik di dunia. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR : Hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang biasa dinikmati tanpa mengira waktu ini sudah sekian lama menggoda tunas rasa pelancong antarabangsa.
Terbaru, roti canai yang lazimnya disertai kuah kari, kuah dal dan adakalanya sambal gabungan pedas dan manis telah dinobat sebagai makanan jalanan terbaik di dunia, menurut TasteAtlas.
Dalam satu hantaran tentang senarai ‘Makanan Jalanan Terbaik Dunia’ pada dua hari lalu, roti canai Malaysia terunggul di nombor satu, mengatasi pelbagai jenis hidangan lain dari negara-negara serantau dan seluruh dunia.
Senarai 50 jenis makanan antarabangsa itu turut disertai hidangan jalanan popular lain, antaranya seperti pizza al taglio dari Itali, negima yakitori (Jepun), doner kebab (Turkiye), serabi (Indonesia), spiedie (Amerika Syarikat), shawarma (Lubnan), dan coxinha (Brazil).
Pisang goreng yang mudah ditemui di Malaysia juga mendapat tempat dalam senarai itu di tangga ke-42, namun ia dilabelkan sebagai hidangan Indonesia. Pada masa sama, roti paratha dari India, yang mirip roti canai juga tersenarai di kedudukan kelima.
Senarai tersebut yang dimuat naik pada Rabu lalu menerima pelbagai reaksi dari penggemar makanan antarabangsa, baik yang bersetuju mahupun yang mempertikai.
Bagaimanapun, senarai seumpamanya sering dibuat untuk meraikan kepelbagaian resipi sedunia, dan ia sentiasa berubah-ubah mengikut kategori dan maklumat yang dikumpulkan dalam satu tempoh masa tertentu.
TasteAtlas adalah antara jenama panduan percutian yang diasaskan oleh wartawan dan juga usahawan Matija Babic pada 2015. Menerusi akaun Instagramnya yang memiliki lebih 120,000 pengikut, ia sudah membuat sebanyak lebih 3,000 hantaran berkaitan dunia kulinari dan gastronomi merentas benua.
Topic Berkaitan
#roti canai
#hidangan jalanan
#tastearlas
#kulinari
#gastronomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami