KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) akan menyemak semula harga bagi produk-produk Gardenia berkuat kuasa 1 Disember ini.
Menerusi satu kenyataan, Gardenia KL berkata, peningkatan ketara dalam kos pengeluaran dan bahan yang di luar kawalan mereka meletakkan syarikat itu dalam kedudukan sukar tanpa sebarang pilihan kecuali menyemak semula harga.
Gardenia KL memaklumkan amat terkesan dengan cabaran ketika pandemik dan berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah selama ini namun peningkatan ketara baru-baru ini menghadirkan cabaran berbeza.
“Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic.
“Harga produk lain yang disemak semula juga meliputi rangkaian Gardenia Delicia, ban, roti krim, mufin, Gardenia Twiggies, wafel dan Gardenia NuMee.
“Semakan harga ini dilaksanakan ekoran kenaikan harga bahan mentah, antara lain termasuk tepung, tepung gandum penuh, lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan,” menurut kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha digembleng terlebih dahulu.
“Gardenia KL akan terus memberi tumpuan menggiatkan usaha kami untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami.
“Kami amat menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan berharap anda memahami keputusan sukar yang terpaksa kami laksanakan,” ujar syarikat itu.
Hari ini tular dalam media sosial sekeping surat dari syarikat itu kepada peruncit, memaklumkan mengenai kenaikan harga bermula 1 Disember ini.
Berdasarkan senarai tersebut, sebanyak 38 produk tersenarai dan akan mula dijual pada harga baharu bermula dari tarikh tersebut.
Berikut antara harga baharu produk yang ada dalam surat yang tular itu:
1. Gardenia QuickBites Cream Roll (semua perisa) - RM1
2. Gardenia Original Classic - RM2.80
3. Gardenia Original Classic Jumbo - RM4.00
4. Gardenia Bonanza Big Value - RM3.10
5. Gardenia Wholemeal - RM3.60
6. Gardenia Delicia (semua perisa) - RM5.00
7. Gardenia Toast’em (semua perisa) - RM5.00
8. Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) - RM3.70
9. Gardenia Twiggies (semua perisa) - RM1.80
10. Gardenia Waffles (semua perisa) - RM1.40
11. Gardenia Puazz! Sambal Bilis - RM1.30
12. Gardenia NuMee - RM1.70
Ridauddin Daud
Thu Nov 25 2021

Semakan harga itu melibatkan produk dalam keadaan tertentu, yang mengekalkan harga sama selama bertahun-tahun, termasuk rangkaian roti Gardenia Original Classic. - Foto BERNAMA
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura serlah potensi besar - CEO Maybank
Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan menjadi inisiatif jangka panjang yang mempunyai potensi besar untuk kedua negara.
Perketat syarat tubuh NGO, audit setiap tahun
Penyelewengan wang derma dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan atau NGO di Malaysia menjadi isu yang semakin mendapat perhatian.
JS-SEZ: Johor cadang tubuh Taman Perindustrian ASEAN, kukuh zon ekonomi
Kerajaan Negeri Johor mencadangkan supaya diwujudkan Taman Perindustrian ASEAN bagi mengukuhkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Isu Jalur Gemilang: Tindakan PDRM berlandaskan undang-undang - Fahmi
Tindakan PDRM menahan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily bagi membantu siasatan berhubung isu Jalur Gemilang yang tidak lengkap dibuat berlandaskan undang-undang-undang.
JAKIM teliti kenyataan Hadi Awang
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang meneliti kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang mendakwa mengundi untuk memastikan kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji.
Jangan gopoh, tunggu mufti - Na'im
Mohd Na’im Mokhtar mengingatkan agar masyarakat tidak gopoh menghukum isu ibadah haji ketika pilihan raya, dan menunggu penjelasan rasmi daripada mufti dan institusi agama.
Universiti Al-Azhar setuju beri diskaun kepada pelajar perubatan
Universiti Al-Azhar, Mesir bersetuju untuk memberikan diskaun yuran pengajian kepada pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di institusi pendidikan berprestij itu.
KPM sedia laksana PdPR semasa sidang kemuncak
Kementerian Pendidikan sedia melaksanakan kaedah pengjaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan.

PRK Ayer Kuning: 500 anggota polis bersama pasangan undi awal esok
Seramai 500 anggota polis bersama pasangan masing-masing akan mengundi awal pada PRK DUN Ayer Kuning, esok.
[TERKINI] JS-SEZ: Sidang media oleh Menteri MITI
Ikuti sidang media oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkenaan penganjuran Forum Perniagaan & Pelaburan Bersama 2025, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Gardenia KL sahkan harga roti naik, terkesan akibat banjir, krisis bekalan
Pengeluar produk roti, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produknya akan mengalami kenaikan harga bermula 1 September ini.

KPDNHEP komited pantau punca kenaikan harga barangan di pasaran
KPDNHEP akan memanggil pihak syarikat itu pada Jumaat untuk memperoleh maklumat mengenai punca kenaikan harga produk berkenaan.

Gardenia naikkan harga roti
Beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember.