RPN: KPM ambil pendekatan berhati-hati kemasukan murid Darjah 1 usia 6 tahun

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menyampaikan ucapan pada Forum Pendidikan Negara bertajuk Memacu Lonjakan Pendidikan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan pihaknya akan mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan lambakan murid di sekolah susulan pelaksanaan kemasukan murid Darjah Satu pada usia enam tahun.
Ringkasan AI
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menekankan pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan lambakan murid di sekolah susulan pelaksanaan kemasukan murid Darjah Satu pada usia enam tahun.
- Kesediaan murid menjadi fokus utama, dengan penekanan terhadap aspek emosi dan psikologi demi memastikan tidak terjejas.
- Pelaksanaan penilaian murid Darjah 4 akan bermula pada Oktober ini, memberi ruang kepada pihak sekolah menyelesaikan proses pentaksiran serta membolehkan pencapaian murid dikenal pasti secara lebih terperinci dan tersusun.
"Kita akan umumkan garis masa pelaksanaannya supaya ibu bapa dapat membuat keputusan dengan teliti, berbincang secara menyeluruh dan menilai tahap kesediaan anak masing-masing," katanya ketika ditemui selepas pelancaran RPN, pada Selasa.
Tambahnya, pengumpulan data berkaitan jumlah murid yang bersedia amat penting bagi membolehkan kementerian membuat penyusunan yang terancang, termasuk dari segi prasarana sekolah.
“Isu prasarana juga satu lagi perkara yang kita lihat. Sebab itu kita memerlukan garis masa yang jelas untuk mengumpul data. Daripada data tersebut, kita akan susun kemasukan murid enam tahun tanpa menjejaskan kohort sedia ada (murid tujuh tahun),”jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina memaklumkan penilaian murid Darjah Empat akan dilaksanakan bermula Oktober ini bagi memberi ruang mencukupi kepada pihak sekolah menyelesaikan keseluruhan proses pentaksiran serta membolehkan pencapaian murid dikenal pasti secara lebih terperinci dan tersusun.
Beliau berkata, pelaksanaan matriks pembelajaran yang diumumkan bermula tahun ini dijadualkan pada Oktober bagi memastikan semua keputusan penilaian dapat diselesaikan sebelum cuti persekolahan.
“Langkah ini memberi masa kepada ibu bapa dan guru untuk menilai prestasi murid. Sekiranya terdapat isu, ia boleh ditangani dan diperkukuhkan semasa di Darjah Lima dan Enam sebagai persediaan sebelum memasuki sekolah menengah,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan Rancangan Pendidikan Nasional 2026 -2035, mengumumkan kemasukan prasekolah lebih awal pada usia enam tahun serta pelaksanaan penilaian Darjah Empat bermula tahun ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


