Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit (RSPO) menawarkan ganjaran RM50,000 bagi maklumat yang boleh membawa kepada penahanan dan sabitan terhadap orang yang bertanggungjawab membunuh gajah pygmy yang ditemui di Beluran, Sabtu lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif RSPO Datuk Darrel Webber seterusnya mengutuk pembunuhan haiwan yang terpelihara itu, yang ditemui dengan kesan tembakan dan tanpa gadingnya di ladang penanaman kelapa sawit di Beluran itu.
"Ganjaran ini adalah sumbangan yang tidak seberapa bagi membantu usaha mencari mereka yang bertanggungjawab, dan pemberiannya akan diselia oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD)," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Gajah itu dipercayai telah mati kira-kira lima hari sebelum bangkainya ditemui oleh pekerja ladang.
"Mereka yang bertanggungjawab ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan menerima pembalasan terhadap tindakan ganas mereka. Pembunuhan haiwan itu adalah tanda-tanda awal bagi masalah yang lebih besar - masalah yang hanya akan berkembang menjadi lebih buruk sekiranya kita, secara bersama, tidak menanganinya lebih awal," katanya.
BACA: Seekor lagi gajah Pygmy ditemui mati dengan kesan tembakan
Beliau seterusnya merujuk kepada pentingnya usaha mengurus populasi gajah di Sabah, termasuk usaha memahami saiz populasinya, perkembangannya, dan melihat kepada lanskap Sabah, terutama mengenai bagaimana mereka boleh dibantu.
"Demi kepentingan industri utama Sabah, terutama dalam sektor pelancongan dan minyak sawit, satu pengurusan populasi gajah perlu ada. Kedua-dua sektor perlu bekerjasama keras mencari peranan masing-masing, Jika tidak, ia hanya akan mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini," katanya.
BACA: Kematian gajah pygmy: PDRM seru bantuan orang ramai kesan suspek
Webber berkata RSPO faham kepentingan mengimbangi keperluan haiwan itu, dengan keperluan populasi penduduk tempatan, yang pastinya menampilkan isu yang mencabar untuk ditangani.
"Kita berharap inisiatif semasa kerajaan Sabah, industri dan masyarakat umum bagi menangani isu ini boleh membantu ke arah pendekatan menyeluruh dalam menguruskan populasi gajah di Sabah.
BACA: Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru ditemui dalam badan
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
Keadaan bangkai gajah Pygmy yang ditemui pekerja ladang kelapa sawit dekat Beluran, 19 Okt lalu. - Foto PDRM/Jabatan Hidupan Liar Sabah
Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
Warga Perancis pandu mabuk, maki polis didenda RM10,080
Anthony Gilbert Georges Cazals, 29 membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Chia Huey Ting selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Inggeris.
Lapan anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Al Hilal mahu tamatkan kontrak Neymar
Kelab Liga Pro Saudi, Al Hilal dilaporkan mahu menamatkan kontrak Neymar selepas bintang Brazil itu mengalami masalah kecederaan berterusan.
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
PM anwar melawat huawei, mesyuarat bersama CICC
Huawei yang merupakan syarikat gergasi teknologi China telah melabur di Malaysia sejak 2001 termasuk teknologi bandar pintar dan membangunkan rangkaian 5G.
Lebih 3,600 penjawat awam muflis sejak 2020
Sebanyak 3,602 kes kebankrapan direkodkan Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) dalam kalangan penjawat awam bermula 2020 hingga September 2024.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Utara Gaza bukan tempat sesuai untuk kelangsungan hidup- PBB
Penyelaras kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki, muhannad hadi menggambarkan situasi di satu daripada tapak penempatan sementara di utara gaza sebagai menyedihkan.
Menurut agensi berita dan penerangan Palestin (WAFA), muhannad mengatakan, kawasan itu bukan tempat yang sesuai untuk kelangsungan hidup manusia.
Menurut agensi berita dan penerangan Palestin (WAFA), muhannad mengatakan, kawasan itu bukan tempat yang sesuai untuk kelangsungan hidup manusia.
RSPO tawar ganjaran RM50,000 untuk maklumat berkaitan pembunuhan gajah pygmy
Ganjaran ini adalah sumbangan yang tidak seberapa bagi membantu usaha mencari mereka yang bertanggungjawab, dan pemberiannya akan diselia oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Tidak kompromi isu kekejaman terhadap haiwan - Felda
Felda akan ambil tindakan tegas sekiranya kakitangannya dan peneroka berkenaan didapati bersalah dalam insiden itu.
Bunuh gajah: RM120,000 ganjaran untuk saksi, pemberi maklumat
Meskipun ditawarkan ganjaran RM120,000, masih tiada saksi berani tampil untuk membantu Jabatan Hidupan Liar Sabah menangkap pembunuh gajah.