awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan kes rogol jiran usia 13 tahun

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/11/2025
14:30 MYT
Lelaki ditahan kes rogol jiran usia 13 tahun
Noor Ariffin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.15 malam, Ahad lalu. - Gambar Facebook Polis Daerah Gombak
GOMBAK: Polis menahan seorang lelaki berusia 54 tahun berhubung kes rogol melibatkan seorang pelajar tingkatan satu yang juga jirannya, di Bandar Tasik Puteri, di sini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.15 malam, Ahad lalu.
Laporan itu katanya, dibuat oleh ibu mangsa yang berusia 35 tahun.
“Berdasarkan laporan itu, mangsa dipercayai dirogol lelaki dikenali yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Noor Ariffin memberitahu susulan laporan itu, suspek ditahan di lokasi kejiranan mangsa pada hari laporan dibuat.
Beliau memaklumkan mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau mana-mana berhampiran dengan segara.
Topic Berkaitan
#Rogol jiran usia 13 tahun
#Kes rogol Gombak
#Kes jenayah rogol
#berita dalam negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami