awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RTM nafi larang Mufti Kelantan bersiaran di KelantanFM

Bernama
Bernama
18/12/2018
21:32 MYT
RTM nafi larang Mufti Kelantan bersiaran di KelantanFM
Mohamad Shukri (gambar) dilaporkan digugurkan dipercayai kerana kelantangan beliau menyuarakan pandangan dalam menegur setiap tindakan kerajaan yang bercanggah dengan norma agama. - Gambar fail
Radio Televisyen Malaysian (RTM) menafikan dakwaan yang disiarkan di Utusan Malaysia Online bahawa Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad merupakan antara penceramah yang dilarang untuk bersiaran di KELANTANfm.
RTM dalam kenyataan berkata pihak RTM tidak menggugurkan mana-mana pihak untuk bersiaran dalam slot petang radio tersebut.
"Penyataan mengenai Mufti Kelantan dan tujuh orang penceramah lain dilarang untuk bersiaran di KELANTANfm adalah tidak benar sama sekali.
"Pihak RTM tidak pernah menyekat mana-mana penceramah asal dalam slot tersebut," menurut kenyataan itu pada Selasa.
Kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada artikel yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online pada Selasa dengan tajuk "RTM: Mufti Kelantan pula disekat?".
Artikel yang memetik sumber itu memaklumkan nama Mohamad Shukri termasuk dalam senarai tujuh penceramah di slot tersebut yang digugurkan dan sudah digantikan dengan senarai nama baharu.
BACA: 10 penceramah popular tak boleh terlalu kerap muncul di TV, radio?
BACA: Tiada arahan sekat penceramah agama keluar tv, radio - Mujahid
Menurut artikel itu tindakan menggugurkan nama Mohamad Shukri dipercayai akibat kelantangan beliau menyuarakan pandangan kerana menegur setiap tindakan kerajaan yang bercanggah dengan norma agama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agama
#KELANTANfm
#lantang
#larangan
#Mohamad Shukri Mohamad
#Mufti Kelantan
#nafi
#penceramah
#radio
#Radio Televisyen Malaysian
#RTM
#sekat
#utusan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan