awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rujuk pendaftaran pengislaman individu bawah 18 tahun kepada jawatankuasa khas untuk diperhalusi

Bernama
Bernama
13/01/2024
20:15 MYT
Rujuk pendaftaran pengislaman individu bawah 18 tahun kepada jawatankuasa khas untuk diperhalusi
Mohd Na'im berkata ini sebagai antara kaedah sementara menunggu ia diangkat ke peringkat seterusnya dan supaya dapat diharmonikan dengan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perkara berkaitan pendaftaran pengislaman bagi individu di bawah 18 tahun perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-Undang (Jawatankuasa Khas) untuk diperhalusi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata ini sebagai antara kaedah sementara menunggu ia diangkat ke peringkat seterusnya dan supaya dapat diharmonikan dengan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Beliau berkata ketika ini, terdapat lapan negeri yang menghendaki keizinan hanya satu pihak sama ada ibu atau bapa bagi kemasukan Islam kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun iaitu Wilayah Persekutuan, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Terengganu dan Perlis manakala Pulau Pinang, Sabah, Johor, Selangor dan Pahang pula menghendaki keizinan daripada kedua-dua ibu dan bapa.
Mohd Na'im berkata pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini yang mengekalkan status quo agama Islam tiga anak Loh Siew Hong yang ditukar secara unilateral oleh bekas suaminya, M.Nagahswaran.
"Saya percaya penghakiman itu dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Arif Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian terbaik bagi maslahat semua pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana tidak sihat sehingga menjejaskan perpaduan serta keharmonian negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#status quo
#menjejaskan pepaduan
#mencari penyelesaian
#peringkat seterusnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan