KUALA LUMPUR: Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap doktor di hospital kerajaan tidak lagi berlengah dalam merujuk pesakit bukan COVID-19 mereka ke hospital swasta bagi menjalani pembedahan dan prosedur elektif yang kini begitu banyak ditangguhkan di hospital kerajaan disebabkan pandemik itu.
Presidennya Datuk Dr Kuljit Singh berkata langkah itu selaras dengan pekeliling Kementerian Kesihatan (KKM) yang membenarkan hospital kerajaan membuat penyumberan luar bagi merawat pesakit bukan COVID-19 dalam usaha membuka lebih banyak ruang rawatan untuk pesakit COVID-19 di hospital kerajaan.
Dr Kuljit berkata APHM berterima kasih atas usaha yang dibuat oleh pejabat Ketua Setiausaha KKM dalam menggubal garis panduan dan penganggaran untuk program ini.
"Bagaimanapun usaha ini tidak mendapat sambutan yang memuaskan kerana hanya sebilangan kecil kes dirujuk dalam membantu pesakit di hospital kerajaan yang telah menunggu selama berbulan-bulan untuk dirawat di hospital swasta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya pada masa ini semua hospital swasta di negara ini mempunyai kapasiti untuk membantu kerajaan menguruskan pesakit bukan COVID-19 dengan berkesan, dan ini akan membolehkan hospital kerajaan menumpukan kepada rawatan terhadap pesakit COVID-19 bagi menampung peningkatan jumlah pesakit semasa.
"Berdasarkan pekeliling itu, rawatan pesakit bukan COVID-19 di hospital swasta akan dibiayai oleh kerajaan namun pesakit hanya boleh dirujuk ke hospital swasta oleh doktor di hospital kerajaan yang merawat mereka," katanya.
Sementara itu, Dr Kuljit juga berkata pada masa ini, di Lembah Klang sahaja terdapat 31 hospital swasta yang menguruskan pesakit COVID-19 di wad biasa dan juga unit rawatan rapi.
Bagaimanapun katanya wujud kekangan untuk meningkatkan kapasiti bagi menerima lebih banyak pesakit COVID-19 berikutan isu tenaga kerja, tidak seperti hospital kerajaan yang mempunyai doktor residen, pegawai perubatan dan lebih ramai pakar.
Sebelum ini dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai berkata pembedahan dan prosedur elektif di hospital kerajaan akan dikurangkan atau ditangguhkan bagi menyediakan lebih banyak katil kepada pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021
Hospital swasta di negara ini mempunyai kapasiti untuk membantu kerajaan menguruskan pesakit bukan COVID-19 dengan berkesan, dan ini akan membolehkan hospital kerajaan menumpukan kepada rawatan terhadap pesakit COVID-19. - Gambar hiasan
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.