awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rukun Negara tidak jejas peruntukan Perlembagaan - RMP

Cynthia Ng
Cynthia Ng
24/01/2017
14:59 MYT
Rukun Negara tidak jejas peruntukan Perlembagaan - RMP
FIRDAUS: Rukun Negara dan Perlembagaan sebaliknya akan saling melengkapi satu sama lain. - Gambar Astro AWANI
Inisiatif yang digerakkan sekumpulan ahli akademik dan aktivis untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan Persekutuan tidak akan memberi kesan ke atas peruntukan-peruntukan yang sudah termaktub.
Ahli inisiatif Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan (RMP) Firdaus Husni berkata Rukun Negara dan Perlembagaan sebaliknya akan saling melengkapi satu sama lain menerusi langkah tersebut.
"Antara lain, kandungan Rukun Negara menyatakan kepercayaan kepada tuhan. Perkara tersebut sudah pun dicerminkan dalam Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam Perkara 3 dan Perkara 11.
"Jika kita lihat kembali kepada kandungan dalam perlembagaan, turut menyatakan keluhuran Perlembagaan. Oleh itu, perkara mengenai Islam dan kebasan beragama sudah dicerminkan dalam Perlembagaan dan saya tidak melihat ia menjadi isu," katanya di Hari Ini 8.
Firdaus turut memberi respon terhadap laporan portal tempatan memetik pandangan Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Aminuddin Yahya yang menyifatkan cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah kepada Perlembagaan sebagai berbahaya.
"Inisiatif ini bukan bertujuan supaya melebihi atau melampaui Perlembagaan.
"Jika dilihat, ia melengkapi antara satu sama lain. Ia tidak akan cetuskan isu yang menyebabkan kesan peruntukan ke atas Perlembagaan berkurangan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Firdaus Husni
#Perlembagaan
#rmp
#Rukun Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan