Nampak memang pelik tapi itulah hakikatnya apabila terdapat sebuah rumah di Kampung Kelubi di sini, yang hampir keseluruhan strukturnya dilitupi dengan tumbuhan pokok "teh" dan yang menjalar.
Sekali pandang rumah berkenaan mungkin ramai akan berfikir ia sebuah rumah terbiar tanpa penghuni namun di situlah sepasang suami isteri beserta empat anak mereka mendiaminya sejak 20 tahun lepas.
Di rumah itu jugalah Amizar Adnan, 48, dan suaminya Wan Mamat Wan Junoh, 52, membesarkan anak mereka, dan kini ramai menganggapnya sebagai rumah ala-ala Hobbit, dan menyukai strukturnya kerana menyamai apa yang terdapat dalam novel nukilan J.R.R. Tolkien, "The Hobbit".
Rumah berkenaan mendapat perhatian selepas ia dimuat turun dalam Facebook dan menjadi viral dalam media sosial hingga lebih 58,000 meletakkan "likes".
Komen orang ramai terhadap rumah itu ada yang menggelikan hati dan tidak kurang yang mengeluarkan kata-kata pedas termasuk menuduh pemilik rumah berkenaan sebagai "pemalas" kerana membiarkan rumah mereka dilitupi tumbuhan.
TUMBUHAN MENGUATKAN RUMAH
Bagaimanapun pasangan suami isteri itu mempunyai alasan yang munasabah membiarkan rumah mereka menghijau sebegitu.
Amizar, seorang peniaga berkata idea untuk menanam spesies pokok menjalar itu timbul selepas mendapati rumah kayu yang berusia lebih 70 tahun itu mula mereput dan dindingnya tanggal satu persatu.
"Suami saya beberapa kali membaiki rumah yang telah usang ini tetapi tidak dapat bertahan lama sehingga satu hari suami saya memberi idea untuk menanam pokok teh (panggilan penduduk tempatan untuk pokok pagaran) dan menjalar bagi menyokong kekuatan struktur rumah ini.
"Walaupun idea itu agak luar biasa, saya mengikut sahaja kerana ketika itu rumah kami makin uzur," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Amizar berkata beliau tidak menyangka idea suaminya itu bukan sahaja mengukuhkan lagi struktur rumah tetapi juga memberikan udara sejuk ke dalam rumah.
"Pokok teh yang ditanam itu kini bukan hanya menjadi sokongan utama kepada rumah ini daripada roboh tetapi memberikan udara sejuk seakan penghawa dingin," katanya.
Katanya, dalam cuaca panas yang dirasai sekarang rumah tersebut adalah tempat yang paling nyaman untuk didiami.
BERSIH DAN KEMAS
Amizar juga memberitahu beliau sentiasa memastikan persekitaran dan ruang dalam rumah berkeadaan bersih.
"Sebelum keluar berniaga saya akan peruntukan masa sejam atau lebih bagi membersihkan keseluruhan rumah. Setakat ini tiada lagi serangga berbahaya atau ular yang ditemui," katanya.
Sementara itu, Wan Mamat yang bekerja sendiri, berkata beliau akan terus mengekalkan keadaan rumah tersebut.
"Mungkin saya akan betulkan struktur dalam rumah sahaja tetapi tidak akan mengubah keadaan asal rumah. Kami selesa tinggal dalam keadaan ini," katanya.
Wan Mamat berkata rumah yang didiami itu juga kerap menjadi lokasi penggambaran pasangan pengantin dan pelancong asing selain lokasi utama keluarga bergambar setiap kali Aidilfitri
Anaknya, Wan Mohd Hasanudin Wan Mamat, 25, berkata kebanyakan rakannya yang kali pertama bertandang ke rumah tersebut tidak percaya beliau tinggal di rumah tersebut.
"Tetapi bila mereka memasuki rumah barulah mereka percaya kerana bahagian dalam rumah sama sahaja dengan rumah mereka.
Wan Mohd Hasanudin, yang baru menamatkan pengajian di sebuah universiti awam di Perak, berkata beliau suka rumahnya.
"Bagi saya rumah inilah syurga bagi kami sekeluarga," katanya dengan bangga.
Bernama
Wed Jun 24 2015
Wan Mamat berkata rumah yang didiami itu juga kerap menjadi lokasi penggambaran pasangan pengantin dan pelancong asing selain lokasi utama keluarga bergambar setiap kali Aidilfitri - Foto Bernama
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.
Filem Sheriff: Kutipan terkini RM60.5 juta
Kutipan filem Sheriff RM60.5 juta membuktikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw kekal mendominasi pawagam seluruh negara.
Rumah Hobbit berdiri teguh dilitupi pokok "teh" dan menjalar
Terdapat sebuah rumah di Kampung Kelubi di Paser Puteh, yang hampir keseluruhan strukturnya dilitupi dengan tumbuhan pokok "teh" dan yang menjalar.