awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah inap desa ranap dalam tanah runtuh

Sinar Harian
Sinar Harian
17/01/2025
01:45 MYT
Rumah inap desa ranap dalam tanah runtuh
Sebuah rumah inap desa ranap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cinta Mata, Kundasang.
RANAU: Hujan berterusan sejak pagi punca berlaku tanah runtuh dan menyebabkan sebuah rumah inap desa ranap dalam kejadian di Kampung Cinta Mata, Kundasang, dekat sini pada Khamis.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiada mangsa dilaporkan cedera.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.32 petang.
Katanya, seramai tiga anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 20 kilometer dari BBP Ranau.
"Menurut komander operasi, berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut dan menyebabkan sebuah rumah inap desa rosak akibat runtuhan tersebut.
"Hujan berterusan sejak pagi dipercayai punca kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya lagi, pihak bomba kemudian melakukan pemantauan dan menasihatkan penduduk sekitar berpindah dari kawasan tersebut.
"Tiada mangsa terlibat di dalam rumah inap desa tersebut kerana semasa kejadian bukan waktu cuti dan memang tiada pelancong atau pelanggan menghuni rumah tersebut.
"Tetapi untuk keselamatan, penduduk sekitarnya dinasihatkan berpindah ke tempat selamat," katanya.
Katanya lagi, operasi ditamatkan pada jam 6.06 petang selepas memastikan keadaan selamat di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#inap desa
#rumah ranap
#Ranau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan