awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah pangsa terkotor di P. Pinang rekod enam kes denggi

Bernama
Bernama
05/12/2022
09:08 MYT
Rumah pangsa terkotor di P. Pinang rekod enam kes denggi
Keadaan sebuah rumah pangsa di Taman Teluk Indah, Perai di sini yang menjijikkan sehingga digelar paling kotor di Pulau Pinang, menyebabkan kawasan itu berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. - Foto SINAR HARIAN
BUTTERWORTH: Keadaan sebuah rumah pangsa di Taman Teluk Indah, Perai di sini yang menjijikkan sehingga digelar paling kotor di Pulau Pinang, menyebabkan kawasan itu berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.
Ketua Inspektorat Cawangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) Mohd Wazir Khalid berkata beberapa pemeriksaan telah dilakukan sepanjang tahun ini, namun keadaannya masih tidak berubah.
"Hari ini kami menjalankan pemantauan khas di lokasi ini kerana enam kes dikenal pasti di blok E1 dan E2. Kami akan mengisytiharkan lokasi ini sebagai kawasan panas denggi jika kes berlarutan," katanya kepada pemberita semasa Op Vektor di rumah pangsa Taman Teluk Indah hari ini.
Mohd Wazir berkata beberapa kempen telah dianjurkan untuk memastikan penduduk menjaga persekitaran dengan lebih baik, bagaimanapun usaha itu gagal.
"Kami menganjurkan gotong-royong empat minggu lepas tetapi terpaksa membatalkannya kerana kurang mendapat sambutan daripada penduduk di sini.
"Penduduk perlu bertanggungjawab dan peka dengan keadaan sekeliling kerana mereka yang tinggal di sini. Mereka perlu berusaha untuk menjaga kebersihan di kawasan kediaman masing-masing," katanya.
Beliau berkata rumah pangsa berusia 20 tahun itu merangkumi 21 tingkat dan 60 peratus daripada penduduk ialah orang tempatan manakala selebihnya warga asing.
Sementara itu, seorang tukang cuci J. Robert, 36, berkata penduduk rumah pangsa itu sudah biasa membuang sampah ke tingkat bawah.
"Pernah sekali, penduduk membuang botol kicap dari tingkat atas menyebabkan kaki saya cedera. Menyapu di kawasan ini pun ngeri kerana orang ramai suka membuang sampah dari atas," katanya.
Disebabkan sikap penduduk itu yang tidak peduli dengan tahap kebersihan kawasan kediaman mereka, tingkat bawah rumah pangsa itu kelihatan seperti tempat pembuangan sampah sehingga mendapat julukan 'rumah pangsa paling kotor di Pulau Pinang'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#pulau pinang
#aedes
#pembiakan nyamuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan