KOTA BHARU: Rumah penyanyi terkenal 70-an, Rosemaria Abdul Hamid rosak teruk selepas dipukul ribut dalam kejadian petang Isnin.
Berkongsi kejadian berkenaan, penyanyi yang popular dengan lagu Di Pagi Aidilfitri dan Nasi Dagang berkata, ribut kuat berlaku kira-kira jam 5 petang ketika dia sedang menjahit pakaian yang ditempah pelanggan.
Menurutnya, kejadian itu kali pertama berlaku selepas 67 tahun kediaman itu dibina.
"Ketika itu saya bersama seorang anak berusia 19 tahun, dua cucu berusia satu dan empat tahun berada dalam bilik tidur di tingkat atas.
"Apabila ribut semakin kuat, saya mendukung cucu dan mengajak anak ke ceruk bilik kerana bimbang keselamatan dan berlaku runtuhan," katanya ketika ditemui di Jalan Sultanah Zainab, di sini pada Selasa.
Rosemaria memberitahu, dia tidak mampu turun ke bawah kerana bunyi zink dan kayu yang kuat selain tidak tahu bagaimana keadaan sekeliling rumahnya.
Sebaik sahaja ribut reda, penyanyi berusia 66 tahun itu keluar dan tetapi malangnya mereka tidak boleh keluar kerana tangga di luar rumah dipenuhi zink, kayu dan sampah.
"Ketika itu saya tergamam kerana terlalu takut dan hanya melihat zink serta kayu 'terbang' melalui media sosial yang tular.
"Rupa-rupanya bunyi bising yang saya dengar ialah sebahagian kayu dan zink yang tercabut di tingkat atas rumah," katanya.
Jelasnya, hujan dan ribut berturut-turut sejak tiga hari lalu menyebabkan rumahnya mengalami kerosakan teruk.
"Buat masa ini saya hanya menumpang di rumah kawan sehingga rumah siap dibaiki," katanya.
Tambah Rosemaria lagi, jumlah kerugian tidak dapat dipastikan dan ada beberapa pihak yang sudi membantu bagi mengurangkan bebannya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang di akaun Maybank 15301104223 atas nama Rosemaria Abd Hamid. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 30 2023
Keadaan bahagian tingkat atas rumah Rosemaria (gambar kecil) selepas ribut petang Isnin. - Foto Sinar Harian
PBT diingatkan guna peruntukan secara telus - KPKT
KPKT memberi peringatan kepada semua agensinya terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) agar melaksanakan semua projek yang mendapat peruntukan kementerian secara telus dan mengikut piawaian ditetapkan.
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Cuepacs yakin semua penjawat awam sedia terima teguran
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata setiap pandangan terhadap penjawat awam bertujuan untuk memperbaiki atau menambah baik sesuatu perkara yang mungkin terdapat kelemahan.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
Rumah penyanyi Rosemaria Abdul Hamid rosak teruk dipukul ribut
Rumah penyanyi terkenal 70-an, Rosemaria Abdul Hamid rosak teruk selepas dipukul ribut dalam kejadian petang Isnin.