NIBONG TEBAL: Sebuah rumah pusaka yang terbiar hampir tujuh tahun di Kampung Sungai Bakau di sini dijadikan sebagai Rumah Ngaji untuk dimanfaatkan penduduk setempat sebagai medan ilmu terutama dalam pengajian al-Quran.
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.
Pengasasnya, Ustaz Fahmi Abu Bakar berkata, rumah pusaka itu sebelum ini merupakan tempat beliau membesar bersama tujuh adik beradik lain namun dibiarkan usang selepas mereka masing-masing mempunyai kediaman tersendiri.
Tidak mahu membiarkan rumah yang menyimpan pelbagai kenangan itu terus terbiar begitu sahaja, beliau mengambil inisetif untuk baik pulih semula rumah berkenaan selain mendapatkan persetujuan dengan adik-beradik lain untuk menjadikan rumah pusaka keluarga sebagai tempat pengajian al-Quran.
"Alhamdulillah, selepas hampir setahun rumah ini dibaik pulih, kini rumah ini telah bersedia untuk dijadikan Rumah Ngaji yang mana mampu memuatkan hingga 55 orang untuk setiap sesi pengajian al-Quran.
"Kita akan menumpukan kepada kelas untuk orang dewasa terlebih dahulu dan akan bermula dengan menguasai bacaan Iqra sebelum meneruskan dengan kelas tilawah, tadabur dan tahfiz al-Quran," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Rumah Ngaji Abu Bakar, di sini pada Sabtu.
Hadir merasmikan, Pegawai Khas Kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal, Khairul Anuar Abdul Manap.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad dan Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Mohd Taufek Abdul Rahman.
Mengulas lanjut mengenai operasi Rumah Ngaji Abu Bakar, Ustaz Fahmi berkata, ia akan dikendalikan oleh semua tenaga pengajar yang bertauliah daripada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Malah jelasnya, beliau sendiri akan mengajar kelas al-Quran pada setiap Sabtu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 28 2023

Rumah Ngaji Abu Bakar menjadi Rumah Ngaji yang ke-50 dibuka di Pulau Pinang. -Foto Sinar Harian

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Gereja di Burlington musnah akibat kebakaran
Kebakaran besar tercetus melibatkan sebuah gereja di Burlington, New Jersey, Amerika Syarikat pada Isnin dengan api dilaporkan mula merebak sejak pukul 6 petang.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.