awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah rosak, trafik terjejas akibat ribut, hujan lebat di Labuan

Bernama
Bernama
29/08/2025
13:01 MYT
Rumah rosak, trafik terjejas akibat ribut, hujan lebat di Labuan
Angin kencang disertai hujan lebat yang melanda bahagian utama pulau bebas cukai ini mengakibatkan beberapa rumah rosak teruk termasuk bumbung dilayangkan angin selain pokok tumbang di sepanjang jalan utama. - BERNAMA
LABUAN: Angin kencang disertai hujan lebat yang melanda bahagian utama pulau bebas cukai ini mengakibatkan beberapa rumah rosak teruk termasuk bumbung dilayangkan angin selain pokok tumbang di sepanjang jalan utama.
Beberapa pokok besar di Kelab Golf Antarabangsa Labuan (LIGC) turut tumbang dan rosak manakala di beberapa kawasan, pokok tumbang menjejaskan lalu lintas.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan berkata pusat operasi menerima panggilan berterusan daripada penduduk kampung melaporkan pokok tumbang di jalan raya dan di hadapan rumah sejak pukul 5 petang justeru pasukan kecemasan dihantar segera untuk membantu kerja-kerja pengalihan (batang pokok).
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan agensi lain untuk mengalihkan pokok tumbang dan memastikan keselamatan jalan raya," katanya sambil menambah tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.
Hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam itu turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#rumah rosak
#angin kencang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan