awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian

Gempak
Gempak
16/12/2023
06:10 MYT
Rumah tangga didakwa bakal musnah, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan pamer keharmonian
Spekulasi bertebaran kononnya, rumah tangga mereka sedang dilanda badai malah kedua-duanya dikatakan bakal bercerai. - Foto Gempak
KEHARMONIAN rumah tangga pasangan tersohor Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi bualan hangat kebelakangan ini.
Spekulasi bertebaran kononnya, rumah tangga mereka sedang dilanda badai malah kedua-duanya dikatakan bakal bercerai.
Namun aktor dan aktres terkenal itu ‘membalas’ spekulasi yang tersebar dengan tampil bersama dalam satu majlis.
Tidak hanya tampil bersama, kedua-duanya yang memakai busana dari warna hampir sama iaitu hitam di majlis tahunan di Dhirubhai Ambani International School di Mumbai, India.
Meski hadir secara berasingan iaitu Aishwarya menaiki kereta bersama ibunya, Brindya Rai sementara Abhishek ditemani bapanya, Amitabh Bachchan dengan kenderaan lain namun mereka kemudian masuk ke majlis bersama.
Pasangan tersebut juga nampak mesra dan tidak memperlihatkan sedang berdepan konflik rumah tangga seperti yang digembar-gemburkan, lapor Hindustan Times.
Bagaimanapun OneIndia melaporkan hubungan pasangan itu memang sedang bermasalah.
Aishwarya didakwa kini banyak menghabiskan masa bersama ibunya dan meninggalkan suaminya sendirian di rumah.
“Hubungan mereka sudah lama bermasalah tapi terus bertahan kerana anak,” ujar satu sumber.
Terdahulu Aishwarya dilaporkan sempat menyunting foto sewaktu sambutan ulang tahun bapa mentuanya, Amitabh Bachchan dan sudah bertahun tidak bercakap dengan ibu mentuanya, Jaya Bachchan.
Abhishek dan Aishwarya berkahwin pada 20 April 2007 dan memiliki seorang anak perempuan iaitu Aaradhya pada 16 November 2011.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Aishwarya Rai
#Abhishek Bachchan
#Bollywood
#Amitabh Bachchan
#rumahtangga bergolak
#bercerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan