awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
Raja Perlis harap kerajaan negeri perkasa penghayatan al-Quran, teras pembinaan ummah
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbakar, tiga beranak terpaksa berteduh di stor kilang perabot

Bernama
Bernama
19/04/2021
23:12 MYT
Rumah terbakar, tiga beranak terpaksa berteduh di stor kilang perabot
Effandy berkata dia tidak mampu membina semula rumahnya berikutan masalah kesihatan selain tidak mempunyai pendapatan tetap. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Sebuah keluarga di Air Itam di sini terpaksa menumpang di stor sebuah kilang perabot selepas rumah pusaka yang didiami mereka hangus terbakar dalam kejadian 6 April lepas.
Effandy Abdul Rahim berkata dia tidak mampu membina semula rumahnya berikutan masalah kesihatan selain tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Saya tidak mengharapkan bantuan wang daripada orang ramai, cuma bantu saya bina semula rumah kami agar saya dan isteri Salbilla Supriyadi, 41, serta anak kami Nuur Zulaieca, 2, dapat tinggal dengan selesa," katanya ketika ditemui pemberita, di tapak rumahnya pada Isnin.
Menurutnya, stor yang menjadi 'rumah sementara' mereka terletak di tingkat atas kilang perabot tersebut dan mereka terpaksa menggunakan tangga besi untuk naik dan turun, sekali gus mengundang bahaya.
"Saya juga mohon kerjasama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang supaya menyambung semula bekalan air di tapak rumah kami yang telah terbakar... sekarang ini kami menumpang bekalan air dan tandas jiran," katanya.
Effandy, 32, berkata dia hanya berniaga buah mangga di tepi jalan dengan pendapatan tidak sampai RM1,000 sebulan, manakala isterinya pula menjaga Orang Kurang Upaya dengan upah RM30 hingga RM40 sehari.
"Saya tidak boleh melakukan kerja berat kerana menghidap sakit jantung dan perlu mengambil suntikan harian di klinik kerajaan berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tiga beranak
#rumah terbakar
#menumpang di stor
#kilang perabot
#Air Itam
#pulau pinang
#masalah kesihatan
#Aidilfitri
#Ramadan
#berteduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan