awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor belum muktamad

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/08/2016
03:25 MYT
Rundingan pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor belum muktamad
AZMIN: Rundingan bagi pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor masih berjalan. - Gambar fail
Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Kerajaan Negeri Selangor masih meneliti terma-terma komersial sebelum memuktamadkan rundingan pengambilalihan syarikat tersebut.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali berkata, rundingan tersebut akan diteruskan dengan Kerajaan Persekutuan bagi melihat keupayaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk membiayai pengambilalihan tersebut.
"Pada ketika ini rundingan bagi pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor masih berjalan dan ia adalah bertepatan dengan tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian utama.
"Beberapa perkara sedang diteliti oleh kedua-dua pihak untuk memastikan terma-terma komersial bagi pengambilalihan SPLASH oleh Air Selangor ini tidak akan membebankan rakyat.
"Rundingan ini akan diteruskan dengan kerajaan Persekutuan untuk melihat keupayaan pengurusan aset air berhad (PAAB) untuk membiayaai pengambilalihan tersebut," kata Datuk Seri Azmin di Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) yang meminta Menteri Besar menyatakan status terkini rundingan Kerajaan Negeri bersama SPLASH.
Datuk Seri Mohamad Azmin pada masa sama menafikan berlaku kelewatan dalam proses rundingan antara Kerajaan Negeri dan SPLASH.
"Perjanjian utama telah pun menggariskan bahawa Air Selangor diberi tempoh setahun daripada tarikh perjanjian utama dimuktamadkan iaitu sehingga Oktober 2016 untuk menyelesaikan pengambil alihan SPLASH," katanya.
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#ambil alih SPLASH
#Azmin Ali
#rundingan
#SPLASH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan