Rundingan untuk menubuhkan tribunal mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine tahun lepas masih diperhalusi di peringkat Pasukan Siasatan Bersama (JIT) MH17, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata buat masa ini siasatan menyeluruh terhadap insiden itu masih dijalankan pasukan itu.
"Terdapat cadangan sama ada tribunal MH17 nanti akan ditubuhkan di Belanda atau secara tajaan bersama dalam kalangan anggota JIT," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa berkaitan Kementerian Luar Negeri di Dewan Rakyat di sini, pada Rabu.
Beliau berkata Malaysia memainkan peranan penting dan bekerja rapat dalam membantu menjalankan siasatan yang diketuai oleh Belanda.
Pada Disember tahun lepas, Malaysia diterima sebagai anggota penuh bersama Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine dalam Pasukan Siasatan Bersama MH17.
Pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur dan mengorbankan kesemua 298 penumpang serta anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.
Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Kamaruddin Jaafar (PKR-Tumpat) mengenai Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8), Reezal berkata Malaysia akan dipilih memegang jawatan Setiausaha Agung D8 bermula tahun 2017 hingga 2020.
"Justeru Malaysia akan terus memainkan peranan dan berkongsi kepakaran bagi memajukan ekonomi negara anggota serta membawa banyak peluang supaya D8 dilihat lebih bertenaga nanti," katanya.
D8 dianggotai oleh lapan negara Islam membangun iaitu Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan, dan Turki.
Dalam perkembangan lain, Reezal berkata Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini telah berjaya memenuhi semua peranan utama yang ditetapkan iaitu merealisasikan penubuhan Komuniti Asean 2015 dan membangunkan Wawasan Komuniti Asean Pasca 2015.
"Kita berjaya memenuhi piawaian sehingga 90 peratus dalam mewujudkan tiga tonggak utama iaitu jaminan politik ASEAN untuk memastikan rantau yang selamat, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN," katanya.
Bernama
Wed Nov 18 2015
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata buat masa ini siasatan menyeluruh terhadap insiden itu masih dijalankan pasukan itu.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.
Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.