KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia berjaya mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications, akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB.
"Seterusnya, menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023, sebelum beralih kepada model dwirangkaian seawal Januari 2024.
"Pihak syarikat penyedia perkhidmatan akan mengambil semua tindakan tatakelola sewajarnya, bagi menyempurnakan proses ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia berkenaan, dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Fahmi berkata setakat 30 Jun lepas, DNB telah membangunkan infrastruktur rangkaian 5G meliputi 64.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Beliau berkata seperti mana komitmen yang diberikan sebelum ini, pihak Maxis telah memulakan proses untuk menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB, setelah beberapa isu berkaitan perkara tersebut dimuktamadkan pada 11 Julai lepas.
"Pelanggan Maxis akan mula menikmati perkhidmatan 5G, setelah Maxis mendapat kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bulan hadapan.
"CelcomDigi, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications telah pun menawarkan perkhidmatan 5G, selepas menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB sejak tahun lalu," katanya.
Fahmi berkata KKD dengan kerjasama semua pihak, sentiasa memastikan aspirasi kerajaan direalisasi melalui proses yang inklusif, telus dan terangkum, demi menjamin kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat Malaysia Madani.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 21 2023
Fahmi berkata berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications, akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB. - Gambar fail/BERNAMA
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Rundingan penyertaan ekuiti DNB berjalan lancar - Fahmi
Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia berjaya mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB.