PHNOM PENH: Rusia bersedia membincangkan pertukaran tahanan dengan Amerika Syarikat (AS) di bawah kerangka saluran diplomatik sedia ada yang diluluskan oleh kepimpinan kedua-dua negara, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov pada Jumaat.
Menteri itu berkata terdapat satu saluran khas yang dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Joe Biden dan masih relevan.
"Kami bersedia untuk membincangkan perkara itu, tetapi di bawah kerangka saluran diplomatik yang dipersetujui oleh Presiden Putin dan Biden," kata Lavrov kepada pemberita di Kemboja.
Saluran diplomatik yang dimaksudkan itu ialah saluran yang pernah dirundingkan semasa pertemuan pemimpin Rusia dan AS Julai lalu di Geneva, menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov lapor Sputnik.
Pada akhir Julai, media AS melaporkan bahawa Washington menawarkan untuk melakukan tukaran antara warga Rusia yang dipenjarakan Viktor Bout dengan pemain bola keranjang AS Brittney Griner dan bekas anggota marin Paul Whelan, yang ditahan di Rusia.
Rusia dilaporkan sedang mencari jalan untuk perjanjian pertukaran yang lebih adil iaitu menambah seorang lagi warga Rusia, Vadim Krasiko.
Terdahulu pada Khamis, sebuah mahkamah di Rusia menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan denda 1 juta rubel (AS$16,576) kepada Griner atas tuduhan menyeludup dan memiliki minyak ganja di Rusia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Lavrov berkata, terdapat satu saluran khas yang dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Joe Biden dan masih relevan. - Reuters

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Bot Karam | Pencarian dua lagi mangsa bot karam diperluas
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali melaporkan, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu terus dipertingkatkan dengan skala yang lebih besar.

RUU Antigangguan Seksual lindungi wanita dan juga lelaki - Zurainah
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, RUU AGS bukan sahaja untuk melindungi wanita sahaja tetapi juga lelaki selain menjelaskan wanita mahu layanan saksama dalam isu berkenaan.

Malaysia-Jepun | PM gesa teroka kerjasama bidang baharu ESG
Kerajaan menggesa agar bidang-bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai oleh Malaysia dan Jepun melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang krisis bencana, masyarakat menua, ekonomi digital, sains, teknologi dan inovasi serta pertumbuhan hijau.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Legenda pecut Asia Tenggara Lydia de Vega meninggal dunia
Jaguh pecut Filipina itu, yang lebih dikenali sebagai Diay, menghembuskan nafas terakhir pada Rabu pada usia 57 tahun.

COVID-19: Jepun catat 250,403 kes baharu, tertinggi dalam 24 jam
Jepun mencatatkan 250,403 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan, lapor media.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Rusia lancar satelit Iran ke orbit
Pelancaran itu dibuat hanya tiga minggu selepas Vladimir Putin dan Ayatollah Ali Khamenei berjanji untuk bekerjasama menentang Barat.

Rusia tangguh pemeriksaan AS terhadap tapak senjata nuklearnya di bawah New START
Rusia memaklumkan kepada AS melalui saluran diplomatik bahawa Moscow mengecualikan sementara kemudahannya daripada pemeriksaan.

Biden salur bantuan senjata terbesar ke Ukraine
AS sediakan bantuan keselamatan tambahan bernilai US$1 bilion kepada Ukraine, pakej senjata terbesar sejak konflik Russia-Ukraine tercetus.

Malaysia mampu manfaatkan tawaran bekalan sumber pertanian dari Rusia - MAFI
Jumlah nilaian dagangan yang dicatatkan oleh kedua-dua negara tahun lalu mencecah sehingga RM14 bilion.

UEFA hukum Fenerbahce angkara penyokong laung nama Putin
UEFA menghukum Fenerbahce dengan penutupan sebahagian daripada stadium selepas peminat melaungkan nama Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Rusia sedia bincang pertukaran tahanan dengan AS - Lavrov
Terdapat satu saluran khas yang dipersetujui oleh Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden AS Joe Biden dan masih relevan.

EU lewatkan bantuan kewangan US$8 bilion untuk Ukraine: Zelenskyy
Kelewatan sokongan kewangan makro untuk negara kita ini sama ada jenayah atau kesilapan, kata Volodymyr Zelenskyy.

Rusia penjara bintang NBA wanita tujuh tahun seludup minyak kanabis
Griner dijatuhi hukuman sembilan tahun di penjara Rusia, awal pagi tadi.

Rusia sokong usaha Myanmar stabilkan situasi dalam negara - Lavrov
Rusia berharap pilihan raya umum Myanmar akan membantu negara itu menjadi lebih kuat, cekap dan makmur.