awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan menerusi inisiatif Turkiye - Erdogan

Bernama
Bernama
22/09/2022
04:27 MYT
Rusia, Ukraine buat pertukaran 200 tahanan menerusi inisiatif Turkiye - Erdogan
Erdogan berkata, pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye adalah langkah penting ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara. - AP
NEW YORK/ANKARA: Rusia dan Ukraine pada Rabu membuat pertukaran 200 tahanan perang menerusi perantaraan Turkiye dan usaha diplomatik dengan pemimpin kedua-dua negara, umum Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Erdogan memberitahu pemberita di New York bahawa pertukaran tahanan di bawah perantaraan Turkiye adalah "langkah penting" ke arah menamatkan perang antara kedua-dua negara, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata usaha mewujudkan keamanan antara Rusia dan Ukraine diteruskan.
Presiden juga menyatakan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Rusia Vladimir Putin dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, sambil menambah: "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan saya yang menyumbang kepada proses ini."
Jurucakap Presiden Turki, Ibrahim Kalin memuji pertukaran itu di Twitter dan menyebut ia merupakan antara pencapaian terpenting diplomasi keamanan yang dijalankan oleh Turkiye.
"Turkiye sentiasa mengutamakan keamanan," tulisnya.
Sebelum ini, Erdogan memberitahu Putin dan Zelenskyy bahawa "tidak ada pemenang dalam peperangan yang berakhir dengan kematian orang."
Presiden berkata bahawa Turkiye mengikuti perkembangan Rusia dan Ukraine secara seimbang sejak perang bermula pada Februari dan lebih suka mendengar pandangan kedua-dua presiden di meja rundingan di Turkiye.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertukaran tahanan
#rusia-ukraine
#Turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan